Saturday, July 16, 2011

Prestasi Emas & Perak oleh Rakan PelaburJutawan

Keuntungan Pelaburan Gold & SIlver Setakat Tahun 2011

Jom kita sama2 saksikan, berapa banyak pulangan yang telah dijana melalui pelaburan Gold & Silver setakat pertengahan tahun 2011 ini, dan bandingkan dengan pelaburan dalam bentuk yang lain.



GOLD
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 - 0.41%
Kenaikan Pada Bulan Jun - 4.46%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini - 14.73%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) - 32.23%
Kekuatan Trend Semasa - Strong Bullish 37/50



SILVER

Kenaikan Pada 15 Julai 2011 - 2.24%
Kenaikan Pada Bulan Jun - 10.35%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini - 27.91%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) - 114.96%
Kekuatan Trend Semasa - Strong Bullish 31/50

Analisis Teknikal ; Krisis Meruncing, Gold & Silver Mendaki Pantas!!

Alhamdulillah, harga Gold & Silver kembali beraksi pantas di sepanjang minggu ini. Sesiapa yang mengikuti Analisis dan nasihat saya untuk segera membeli, ketika ini pasti sudah tersenyum mengira keuntungan yang meningkat dengan cepat. Kekayaannya bertambah walaupun ketika sedang tidur!!

Jadi adakah harga Gold & Silver sudah cukup tinggi dan tidak sesuai untuk membeli sekarang? tidak!! Masih jauh lagi destinasinya selagi ia belum mencecah $5000/oz!


GOLD

Harga Emas ditutup tinggi di akhir dagangan minggu lalu, sekaligus memberikan petanda yang harga pembukaan pada minggu hadapan juga akan dibuka tinggi juga disamping kenaikannya juga disokong oleh indicator RSI dan Stochastic yang sedang menunjukkan arah pendakian dan dalam masa terdekat ini dijangka akan menuju ke garisan hijau di dalam chart diatas iaitu sekitar $1640/oz.

Harga emas pada ketika ini adalah yang tertinggi bagi tempoh sepanjang 20 tahun, sekaligus menjadikan paras Support kini berubah di sekitar $1561/oz atau pada garisan merah di chart atas. Bermakna, dengan kenaikan pada minggu hadapan, ianya memberi satu kemungkinan besar yang harga tidak akan turun lebih rendah melebihi garisan merah tersebut. Jika sekiranya harga turun sekalipun, ia akan mencecah ke garisan merah tersebut dan meneruskan pendakiannya semula menuju kepada harga yang lebih tinggi.

Dari sudut fundamental, kegagalan beberapa institusi kewangan (Bank) sebanyaak 5 buah di Spain dan 2 buah di Greece menjadikan permintaan ke atas komoditi berharga ini melonjak tinggi. Cuba fikir sejenak, sekiranya negara2 maju juga mengalami kegagalan Institusi Perbankan, adakah negara membangun seperti kita ini tidak akan gagal?

Di Malaysia, Beberapa tahun lalu 3 buah bank yang mengalami kegagalan diselamatkan dengan cara menggabungkan ketiga2nya menjadi satu, dan beberapa minggu yang lalu juga timbul spekulasi yang mana pegangan ke atas sebuah bank tempatan ini sedang menjadi rebutan oleh 2 buah bank terkemuka di Malaysia.

Justeru, jangan menganggap bank adalah sebuah institusi kukuh yang tidak akan gagal!! Mereka terus ada kerana anda menyimpan wang di sana dan mereka menggunakaannya secara percuma. Jika tiada orang menyimpan di bank? mereka tumbang dan terhapuslah sistem kapitalis yang selama ini memanipulasi anda agar menjadi lebih miskin dan bekerja sepanjang hayat untuk membayar hutang + interest yang tidak pernah habis.


SILVER


Silver kini sedang dalam pendakian menuju ke paras tertinggi sebelum ini, dan ketika ini adalah permulaan pendakiannya yang mana amat berbaloi jika anda membeli Silver pada ketika ini kerana harga pada ketika ini sehingga ke paras tertinggi sebelumnya adalah kenaikan kira2 25%!!

Sekiranya ia melepasi harga tertinggi sebelumnya dan mencipta rekod ketinggian terbaru bermakna potensi pulangannya akan meningkat lebih banyak lagi. Sama seperti emas, ia juga dititup tinggi pada sesi dagangan minggu lalu dan dijangka akan dibuka tinggi juga pada minggu hadapan. Sesiapa yang nak jual buyback Silver, sila hubungi saya ye! : )

No comments:

Post a Comment