Zakat

"Umpan Untuk Memancing Kekayaan Adalah Berzakat"

Salam,
Nasihat dari saya : Setiap kerja yang kita buat niatkan ibadah, bagi emas demikian juga simpan atau berniaga emas segeralah niat untuk mengeluar zakat (menambah), barulah urusan kita dalam emas mendapat keberkatan daripada Allah. Lagi banyak kita simpan lagi banyak kita berpeluang berzakat.
Allah berserta orang2 beriman.

NISAB
Emas : 20 Misqal @ 85gram
Perak : 200 Dirham @ 595gram

Pengiraan

Emas dan Perak yang disimpan/tidak dipakai. Menepati syarat wajib zakat, maka zakat perlu dikeluarkan sebanyak 2.5% dari nilai semasa.

Contoh Emas Simpan:
Berat : 100gram.
Nilai emas semasa setiap gram = RM150.00.
Nilai Emas Semasa : 100g x RM150 = RM15,000.00
Zakat yang wajib dibayar : RM15,000.00 x 2.5% = RM375

Contoh Perak
:
200 Dirham @ 595gram
Harga Semasa Perak setiap dirham : RM16
Nilai Perak : 200dirham x RM16 = RM3,200.00
Zakat yang wajib dibayar : RM3,200.00 x 2.5% = RM80.00
Emas Perhiasan @ yang dipakai. Emas yang dikenakan zakat ialah emas yang melebihi tahap kebiasaan perhiasan(Uruf). Kadar Uruf ini adalah berbeza-beza mengikut tempat dan negeri. Sila sila semak Uruf negeri masing-masing sebagai rujukan.

Contoh :
Uruf Negeri Kedah : 85gram
Emas perhiasan yang dimiliki : 100gram
Baki yang dikenakan zakat : 100gram – 85gram = 15gram
Harga Emas Semasa setiap gram: RM150.00
Harga Emas : 15g  x RM150 = RM2,250.00
Zakat yang wajib dibayar : RM2,250.00 x 2.5% = RM56.25
Sumber Rujukan :
Johor  -  www.maij.gov.my
Kedah  -  www.zakatkedah.com
Kelantan  -  www.e-maik.my
Melaka  -  www.izakat.com
Pahang  -  www.muip.gov.my
Perak  -  www.maiamp.gov.my
Selangor - www.mais.net.my
Terengganu  -  www.maidam.terengganu.gov.my
Negeri Sembilan  -  www.zakatns.com.my
Wilayah Persekutuan  -  www.zakat.com.my
 
Berminat untuk membeli emas..hubungi KiaiEmas 0199851974