Saturday, July 23, 2011

Selamatkah Deposit Anda di Bank?


Biasa nampak logo ini bukan ?

Setiap kali kita melalui pintu bank untuk ke ATM atau ada urusan kaunter, kerap kita nampak pelekat PIDM ini terpampang diserata bank.

Agak meyakinkan bila mengetahui simpanan kita di bank di “insuran” kan, dan dijamin tidak akan hangus jika berlakunya musibah kepada sistem perbankan.

Di Malaysia, setiap individu simpananya dijamin maksimum RM250,000.

COP ! Kenapa gaji simpanan hasil keringat saya perlu di “insuran” kan ?

Bukankah tujuan kita amanahkan simpanan kita di bank untuk tujuan keselamatan ?

Saya bukan melaburkan wang tersebut, macamana pula ada risiko begini ?

Jika anda salah seorang yang bertanya soalan seperti diatas, TAHNIAH saya ucapkan kerana anda selangkah lebih dekat untuk mengetahui “rahsia” sistem perbankan dunia.

Jika anda baru dengan istilah “Fractional Reserved Banking“, saya syorkan anda lihat 2 video saya bertajuk “Mari Cipta Duit Bhg 1 dan 2” untuk mendalami rahsia sistem perbankan dunia.

Selama ini bila kita sebut “BANK”, perkara pertama yang terlintas adalah keselamatan kepada hasil titik peluh kita. Tapi realitinya, sebaliknya berlaku. Mereka “bisnes”kan deposit kita untuk meraih keuntungan.

Dan bila “bisnes” ada didalam pertaruhan, sudah pasti ada yang untung dan ada yang rugi. Sebab itulah PIDM datang untuk “menjamin” keselamatan depositor, itupun maksimum RM250,000.

Bank yang kehabisan wang dipanggil “bank runs”

Dipetik dari web PIDM : http://www.pidm.gov.my/About-Deposit-Insurance/What-Is-Deposit-Insurance-.aspx

Tak mungkin boleh berlaku. Bank maa .. mesti pandai invest. Mesti pandai “rolling” duit. Tiap-tiap tahun dapat lah satu dua persen dividen. OK apa ?

Jangan terlalu leka sangat, pernah berlaku di Malaysia, MBF Finance pada 1997 : http://www.economist.com/node/101748

Jika berita tu terlalu lama sangat, ini “segar dari ladang” mengenai bank runs di Korea February lalu.

Disyaki 22 orang mengeluarkan lebih kurang USD 100 million, 7 bank terus “bungkus”. Untuk mereka di kelas pertengahan ini, yang gaji dan simpanan simpan dibank, tunggu sahaja lah depan pintu bank mengharapkan “deposit insuran” disegerakan.

Untuk pengetahuan anda, di Korea deposit diinsurankan sebanyak 50 juta won, lebih kuran RM138,000.

Bank Holiday – Busan Saving Bank

Berebut depositor mengeluarkan saki baki wang yang ada.

Moral cerita ini : Tiada siapa boleh “cheat money”. Wang sebenar ialah emas dan perak. It’s God money bak kata Robert Kiyosaki, “Sunnah Money” bak kata Sheikh Imran Hosein. Setiap kali kita manipulasi wang, seperti di empayar Greek, Roman, Mongols, Germany, USA .. ia akan musnah. Terbukti dalam sejarah peradaban manusia.

**************************

Sumber : http://www.koreaherald.com/national/Detail.jsp?newsMLId=20110501000430

Prosecution probing 22 people possibly involved in massive bank run

Prosecutors are investigating 22 people who may have improperly withdrawn their money from local savings banks shortly before their business suspensions, an official said Sunday.

In February, operations of seven savings banks were suspended due to their capital shortages. Suspicions have erupted that employees of the banks told their family members and close friends to withdraw their deposits on the eve of business suspensions.

Since then, the Financial Supervisory Service (FSS), a watchdog, has dispatched an inspection team to some of the suspended banks to investigate the allegations.

“We received a list of 22 people from the FSS,” a prosecution official said, adding prosecutors are investigating whether the customers improperly withdrew money before business suspensions.

A total of about 107.7 billion won (US$99.7 million) in deposits were withdrawn from the seven banks, including top player Busan Savings Bank, during after-business hours a day before they were suspended, according to the FSS.

Apa tunggu lagi?? Lindungi lah aset anda dengan menyimpan EMAS...

Saturday, July 16, 2011

Masa Itu Emas: Emas Itu Masa

Buatlah pilihan BIJAK untuk Kehidupan Yang Lebih Baik


Akaun Simpanan (low risk) – 1% setahun
Simpanan Tetap (low risk) – 3-4% setahun
ASB/ASN (low risk) – 8-10% setahun
Unit Amanah (medium risk) – 8-10% setahun
Hartanah (medium risk) – 10% setahun
Saham – (high risk) – xxx% setahun
MLM (danger risk) - xxxxxx% setahun
EMAS (Low risk) - minima 20% setahun..tak caye? sila lihak fakta dibawah..

Harga Emas Dari Tahun 2001 - Julai 2011( purata 48% setahun)

Ape nak pikir? Sejarah dah membuktikan, fakta di depan mata saya bentangkan..tak perlu nak jumpa pakar ekonomi ler, bomoh ler nak tilik untung tak? Yang penting, anda mesti ada ILMU .. Jangan biarkan orang lain menentukan hala tuju anda.. Sampai bila nak biarkan POTENSI diri anda dibelenggu oleh bos anda... KITA ADALAH SEBAIK-BAIK MAKHLUK



Prestasi Emas & Perak oleh Rakan PelaburJutawan

Keuntungan Pelaburan Gold & SIlver Setakat Tahun 2011

Jom kita sama2 saksikan, berapa banyak pulangan yang telah dijana melalui pelaburan Gold & Silver setakat pertengahan tahun 2011 ini, dan bandingkan dengan pelaburan dalam bentuk yang lain.



GOLD
Kenaikan Pada 15 Julai 2011 - 0.41%
Kenaikan Pada Bulan Jun - 4.46%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini - 14.73%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) - 32.23%
Kekuatan Trend Semasa - Strong Bullish 37/50



SILVER

Kenaikan Pada 15 Julai 2011 - 2.24%
Kenaikan Pada Bulan Jun - 10.35%
Kenaikan Dari Januari Hingga Kini - 27.91%
Kenaikan Dalam Tempoh 1 Tahun Dagangan (52 Minggu) - 114.96%
Kekuatan Trend Semasa - Strong Bullish 31/50

Analisis Teknikal ; Krisis Meruncing, Gold & Silver Mendaki Pantas!!

Alhamdulillah, harga Gold & Silver kembali beraksi pantas di sepanjang minggu ini. Sesiapa yang mengikuti Analisis dan nasihat saya untuk segera membeli, ketika ini pasti sudah tersenyum mengira keuntungan yang meningkat dengan cepat. Kekayaannya bertambah walaupun ketika sedang tidur!!

Jadi adakah harga Gold & Silver sudah cukup tinggi dan tidak sesuai untuk membeli sekarang? tidak!! Masih jauh lagi destinasinya selagi ia belum mencecah $5000/oz!


GOLD

Harga Emas ditutup tinggi di akhir dagangan minggu lalu, sekaligus memberikan petanda yang harga pembukaan pada minggu hadapan juga akan dibuka tinggi juga disamping kenaikannya juga disokong oleh indicator RSI dan Stochastic yang sedang menunjukkan arah pendakian dan dalam masa terdekat ini dijangka akan menuju ke garisan hijau di dalam chart diatas iaitu sekitar $1640/oz.

Harga emas pada ketika ini adalah yang tertinggi bagi tempoh sepanjang 20 tahun, sekaligus menjadikan paras Support kini berubah di sekitar $1561/oz atau pada garisan merah di chart atas. Bermakna, dengan kenaikan pada minggu hadapan, ianya memberi satu kemungkinan besar yang harga tidak akan turun lebih rendah melebihi garisan merah tersebut. Jika sekiranya harga turun sekalipun, ia akan mencecah ke garisan merah tersebut dan meneruskan pendakiannya semula menuju kepada harga yang lebih tinggi.

Dari sudut fundamental, kegagalan beberapa institusi kewangan (Bank) sebanyaak 5 buah di Spain dan 2 buah di Greece menjadikan permintaan ke atas komoditi berharga ini melonjak tinggi. Cuba fikir sejenak, sekiranya negara2 maju juga mengalami kegagalan Institusi Perbankan, adakah negara membangun seperti kita ini tidak akan gagal?

Di Malaysia, Beberapa tahun lalu 3 buah bank yang mengalami kegagalan diselamatkan dengan cara menggabungkan ketiga2nya menjadi satu, dan beberapa minggu yang lalu juga timbul spekulasi yang mana pegangan ke atas sebuah bank tempatan ini sedang menjadi rebutan oleh 2 buah bank terkemuka di Malaysia.

Justeru, jangan menganggap bank adalah sebuah institusi kukuh yang tidak akan gagal!! Mereka terus ada kerana anda menyimpan wang di sana dan mereka menggunakaannya secara percuma. Jika tiada orang menyimpan di bank? mereka tumbang dan terhapuslah sistem kapitalis yang selama ini memanipulasi anda agar menjadi lebih miskin dan bekerja sepanjang hayat untuk membayar hutang + interest yang tidak pernah habis.


SILVER


Silver kini sedang dalam pendakian menuju ke paras tertinggi sebelum ini, dan ketika ini adalah permulaan pendakiannya yang mana amat berbaloi jika anda membeli Silver pada ketika ini kerana harga pada ketika ini sehingga ke paras tertinggi sebelumnya adalah kenaikan kira2 25%!!

Sekiranya ia melepasi harga tertinggi sebelumnya dan mencipta rekod ketinggian terbaru bermakna potensi pulangannya akan meningkat lebih banyak lagi. Sama seperti emas, ia juga dititup tinggi pada sesi dagangan minggu lalu dan dijangka akan dibuka tinggi juga pada minggu hadapan. Sesiapa yang nak jual buyback Silver, sila hubungi saya ye! : )

Friday, July 8, 2011

Laporan Ekonomi Di Akhbar Berita Harian, Harga emas RM202.57 segram






08 July 2011










2011/07/08 HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global. Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa. Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan. Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan. “Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam. Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi. Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas. “Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya. Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu. “Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya. Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya. Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya. Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos. Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.
* ape tunggu lagi..dok pikiq lame-lame.. sejarah & fakta depan mata..orang takde ilmu biz pun boleh faham order sekarang.. goldbar ke barang kemas ker, dinar ke gigi emas pun boleh..yang penting kekayaan kita dilindungi inflasi...cal 0136233665




Link Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasRM202_57segram/Article

Wednesday, July 6, 2011

Buat Loan Untuk Beli Emas? Boleh Untung Ker


Apabila bercakap tentang emas ada di kalangan rakan-rakan yang berkata bahawa mereka amat berminat untuk membeli emas tetapi disebabkan tidak mempunyai modal pada ketika ini, mereka ingin mengetahui sekiranya mereka membuat pinjaman peribadi di bank, adakah ianya berbaloi?

Jawapan saya: SUDAH TENTU BERBALOI-BALOI!

Sebab: Emas hari ni lebih murah dari tahun depan tapi Lebih mahal dari tahun lepas

Untuk mereka yang nak membuat pinjaman bank, ini saja petuanya…

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya

Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sikit dan tanya diri sendiri.

“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis yang saya ambil dari petikan yang ditulis oleh mentor saya iaitu En. Syukor Hashim, mudah-mudahan dapat dikongsikan bersama. Analisis beliau adalah berdasarkan data yang sebenar dan emas yang digunakan ialah Kijang Emas (sebab pada 9 tahun dahulu mana ada Public Gold & GCP lagi betul tak?).
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1,244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz :)



Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!


Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5,188.00!

Anda untung 51.88% :)

Katakan anda tak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (16/6/2011).
Berapa untungnyer? Jom kira…

Harga Kijang Emas pada 16/6/2011 ialah RM4,932.00 seunit
Jadi RM4,932 x 8 keping = RM39,456.00!!
.

Keuntungan bersih anda ialah RM25,836!!
dalam masa 9 tahun (bersamaan 289%)


Kesimpulannya…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas :)

Beli emas anda untung,
Jual emas anda untung,
Simpan saja emas pun anda untung
Ferdaus (please click)

Harga Emas mula meroyan kembali...

Harga Emas buat kejutan kembali...

Kedudukan harga EMAS ketika ini sedang menunjukkan pendakian. Alangkah beruntungnya kepada sesiapa yang telah melakukan pembelian pada hari SABTU dan AHAD lepas kerana harga pada ketika itu adalah pada tahap terendah. DAN ketika ini geraf menunjukkan pendakian yang sangat menakjubkan. Syabas utk En.Azli Taman Bidara Permai Melaka..dapat lock 10gm gold bar pada harga terendah...




Sudah pasti dapat mengecapi keuntungan hasil daripada kenaikan ini.Oleh yang demikian, kenapa kita harus tunggu lagi..belilah EMAS sekarang!!!...LOCK EMAS anda dengan menghubungi saya.

Ingat: Harga emas hari nie lagi mahal dari tahun lepas tapi Lagi Murah dari Tahun Depan.

Promosi Dealer Serendah RM15,000.00 !

Promosi hebat!

Public Gold sedang membuat promosi kepada sesiapa yang ingin menjadi Dealer dengan belian hanya RM15,000 untuk menjadi Normal Dealer dan belian sebanyak RM80,000 untuk menjadi Priority Dealer!


Syaratnya semua belian mestilah dalam bentuk barang kemas Public Jewellery dan ianya mestilah termasuk jenis2 barang kemas seperti yang telah ditetapkan seperti di banner promosi diatas.

Untuk melihat produk2 Public Jewellery, layari www.publicjewellery.com.my dan untuk makluman, kesemua produk barang kemas Public Jewellery ketulenannya dijamin 916.0, tiada upah pembuatan yang dikenakan dan paling menarik harganya juga berubah setiap 20 minit sekali mengikut harga pasaran semasa emas dunia.

Produk barangan kemas ini boleh dipajak di mana2 Ar-Rahnu termasuk Agro Bank dan Bank Rakyat, dengan beza harga jual dan beli hanya serendah 15% berbanding kedai emas yang mencecah sehingga 30%, saya yakin bahawa ianya akan memberikan penjimatan dan keuntungan berganda kepada anda semua.

Jika anda mahu menggunakan teknik Leverage dalam pelaburan anda, Public Jewellery adalah medium yang paling sesuai sebagai insurans perniagaan dan pelaburan selain berfungsi untuk menggandakan jumlah pelaburan anda!

Hubungi saya untuk mendaftar ya!