Aku dan EMAS

Assalamualaikun danSalam Sejahtera :)

Baiklah, saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik dengan anda. Jika anda boleh memahami cerita ini maka anda akan mendapat jawapan kepada soalan yang sangat penting:
Bagaimana cara membuat keuntungan dengan pelaburan emas?
Okie… ceritanya lebih kurang macam kisah 3 Abdul – cerita P Ramlee tu… tapi versi modified.
3_abdul
Sudah bersedia? :)

Kisah 3 Abdul dan 100 Dinar.

KISAH ini berlaku di Isketambola.  Ahli perniagaan yang terkenal, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki – Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub.
Pada suatu hari, Ismet Ulam Raja memanggil ketiga-tiga orang anaknya.
“Wahai anak-anakku Abdul Wahad, Abdul Wahib dan Abdul Wahub”.
” Ya bapak” ,  jawab mereka serentak
“Minggu depan bapak akan sambut birthday yang ke 80. Jadi bapak ingin memberi hadiah kepada kamu.
“Bapak akan kasik kamu semua seorang 100 dinar”. Ini kerana bapak bersyukur pada tuhan kerana memanjangkan usia bapak.. hahahahaha…” ketawa si Ismet Ulam Raja dengan gembira.
dinar
Maka mereka pun ambil sorang 100 dinar seorang :)
“Kamu semua bebas untuk membuat apa sahaja dengan dinar ini. Tapi ingat! bapak nak tengok anak-anak bapak pandai guna hadiah daripada bapak nie”.
“Yahoo!… bestnyer… terima kasih bapak… jerit mereka bertiga.
Kemudian Ismet Ulam Raja pun memberikan 100 dinar kepada Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.
Apa yang berlaku selepas itu? Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

1 . Cerita Abdul Wahab.

Abdul Wahab rasa sangat gembira mendapat 100 dinar tu.. dalam hatinya berkata “Wah.. aku kaya… bestnyer. Aku boleh joli sakan.
Maka Si Abdul Wahab pun joli sakan… beli kereta, beli baju.. pergi night club, berfoya-foya…
Cukup sebulan habislah duit 100 dinar tu.

2. Cerita Abdul Wahib.

Si Abdul Wahib nie pun gembira dapat duit 100 dinar tu. “Wah! pokcik kaya… katanya di dalam hati”.
Memandangkan Abdul Wahib nie seorang yang kedekut maka dia ambil keputusan untuk menyimpan dinar-dinar nie di dalam peti besi. Maklumlah, takut hilang. Nak belanja pulak takut abis…
Abdul Wahib simpan ajer dinar-dinar ini dan tutup peti besi tu…
Jadi, bapak kasik 100 dinar..maka tetap tinggal 100 dinar jugak.

3. Cerita Abdul Wahub

Abdul Wahub – anak ketiga Ismet Ulam Raja adalah yang paling pintar kepala otaknya. 100 dinar tersebut digunakan untuk membuka ladang kambing. Abdul Wahub beli 60 ekor kambing (30 pasang), buat kandang dan mengupah 2 orang pekerja.
kambing
Abdul Wahub: dapat dinar terus buka ladang kambing.
Abdul Wahub tahu kambing nie cepat beranak… selepas itu dia boleh start jual daging kambing, susu kambing, bulu kambing, anak kambing dan baja tahi kambing.
Wah! semua tu mendatangkan pendapatan lumayan kepada Abdul Wahub.
“Hehehehe..pokcik kayo… jerit hati Abdul Wahub.. nanti bisnes kambing ana akan besar..kambing ana makin banyak.. untung ana makin tinggilah :)
Akhirnya.. Abdul Wahub jadi kaya-raya dengan menjadi saudagar kambing.

Apakah kesimpulan daripada cerita diatas?

Daripada cerita diatas, kita akan mendapati rahsia menjana keuntungan lumayan dengan emas sebenarnya bergantung kepada ilmu anda mengenai emas. Keyword: your knowledge will make money for you.
Yang lebih penting ialah apa yang anda tahu tentang emas.
Seperti cerita diatas:
1. Dinar jika dibelanjakan maka ia akan habis.
2. Dinar jika ia disimpan sahaja ia tetap tinggal 100 dinar.
3. Dinar + kepintaran kewangan = lebih banyak dinar.

golden_mind
Semakin banyak yang anda tahu tentang emas, semakin banyak teknik-teknik yang anda boleh gunakan bagi menjana keuntungan.

 Kepentingan emas + ilmu yang betul.

Rich_Dads_Conspiracy_of_the_Rich_The_8_New_Rules_of_Money-630041-192x300Saya ingin berkongsi kata-kata Robert T. Kiyosaki di dalam bukunya yang bertajuk Rich Dad’s Conspiracy of The Rich – The 8 new rules of money.
Beliau menulis:
New Rule of Money #1: Money is knowledge. Given the financial crisis we are in today, and with money becoming worth-less and less, a person with a financial education has an unfair advantage over those with a traditional education.
Buku ini sangat bagus untuk dibaca. Beliau menerangkan bagaimana masalah krisis ekonomi yang berlaku di dunia sekarang adalah kesan daripada tindakan President Richard Nixon memutuskan ikatan diantara USD dan emas pada tahun 1971.
Ini telah menjadikan USD dan matawang negara lain secara serentak menjadi wang fiat (tidak bersandarkan kepada apa-apa aset berharga, cuma berdasarkan kepercayaan terhadap kerajaan negara pengeluar wang tersebut.
Beliau juga menerangkan bagaimana kita boleh survive dari segi kewangan dalam situasi pada masa kini. Di dalam buku ini beliau menceritakan bagaimana peranan emas dan perak sebagai penangkis inflasi dan pentingnya anda menyimpan emas dan perak.
Anda boleh mendapatkan buku ini di kedai buku terkemuka seperti Popular, MPH, Borders etc.

Bagaimana menambah ilmu emas anda?

1. First sekali anda kena baca blog jutawanemas.com dari mula sampai habis
   (klik sini). Daripada pembacaan ini anda akan dapat ilmu emas yang sangat
    banyak. Ia boleh menjawab soalan-soalan basic seperti bagaimana cara
    memulakan pelaburan. Apa jenis emas yang nak dipilih, kelebihan dan
    kekurangan setiap jenis emas, bagaimana menjana keuntungan dengan emas
    dan banyak lagi tips-tips mengenai pelaburan emas.
ebook_pelaburan_emas2. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pelaburan emas maka anda boleh beli ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”. (klik sini).
Keluarkan sedikit duit untuk mendapat ilmu emas.
Gerenti menguntungkan.
Sebagai contoh, saya telah menerangkan teknik yang paling menguntungkan di dalam ebook saya dimana harga emas naik atau turun anda tetap mendapat keuntungan. Ini adalah teknik ke 6. Nama teknik tersebut ialah teknik  ______ .
3. Ambil tindakan – beli emas especially emas fizikal.
4. Praktikkan teknik2 yang anda pelajari dari blog ini dan juga daripada ebook saya.
5. Tambahkan ilmu anda dari masa ke semasa. Semoga anda mendapat ilmu seperti
     Abdul Wahub :D  ..sumber dari Blog Jutawanemas.com..tq sifu

Mengkagumkan betul?
the_golden_constant_coverPerkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007″ Karangan Prof. Roy W. Jastram (klik sini)
Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan:
“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?”
Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:
“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″
petikan
Petikan daripada buku The Golden Constant – mukasurat 189
petikan_belakang
Gambar: Abstrak daripada kulit belakang buku.

Memang untung jika anda menyimpan emas.

Hasil analisis data 447 tahun diatas akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas.
Ini kerana telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.
Bagi saya, ini adalah satu sebab yang kukuh mengapa anda perlu membeli dan menyimpan emas.

Kuasa beli dinar emas dan 1400 tahun lalu dan sekarang.

dinar_emas
Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.
Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi.
Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar.
Okie.. fast forward.. ke tahun 2010. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar? :)
Jawapannya.. ya, boleh!
Untuk pengetahuan anda, dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.
Jadi disini saya akan cerita bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.

Tawaran daripada Green Acres Farm Sdn Bhd. (1 dinar untuk seekor kambing)

green_acres_farm

Mereka merupakan pembekal daging kambing Boer, Farel & baka serta menawarkan perkhidmatan aqiqah, korban, pawah dan latihan.
Pemilik syarikat berkenaan ialah En. Abdullah bin Ismail.
Beliau menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja.
abdullah_ismail
En. Abdullah bin Ismail, pemilik Green Acres Farm
Beliau berkata, dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.
Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham.

kambing_1_dinar
1 Dinar untuk seekor kambing – pilihlah yang mana satu idaman hati :)
kambing_1dinar
Kambing ini harganya 1 dinar sahaja.

1 dinar untuk 2 ekor kambing.

Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing :)
Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Green Acres Farm Sdn. Bhd.
 kambing_2ekor_1dinar
Harga anak kambing ini adalah 2 ekor = 1 dinar sahaja

Pakej seekor kambing golek dengan harga 2 dinar :)

En. Abdullah turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 2 dinar.
Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ kambing kampung), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang.
Ini adalah nombor telefon En. Abdullah Ismail, jika anda berminat sila call atau sms beliau di talian 014-6666 996.
Alamat ladang adalah seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Dinar yang diterima oleh beliau.

En. Abdullah menerima semua jenis dinar emas. Tak kiralah dinar emas Public Dinar, Dinar emas Kelantan, Dinar Emas Mariwasa, Dinar Emas Islamic Mint atau apa-apa sahaja dinar yang wujud di Malaysia nie.
Ini kerana beliau tahu dinar emas ini mempunyai piawaian berat dan ketulenan yang sama (4.25 gram emas 22k).
Jadi nilai emasnya tetap sama walaupun berbeza pengeluarnya.
So, tahniah En. Abdullah kerana menerima semua jenis dinar emas :)
dinar_emas_public_dinar
Dinar Emas Public Dinar

dinar_kelantan
Dinar Emas Kelantan

dinar_logam_mulia
Dinar Emas Logam Mulia

islamic_mint
Dinar Emas Islamic Mint / Dinar Muslim

Ayam kampung dengan harga 1 dirham.

Selain menjual kambing pada harga 1 dinar, En. Abdullah juga menjual ayam kampung dengan harga 1 dirham.
1400 tahun yang lalu harga seekor ayam di pasar Madinah juga adalah 1 dirham :)
Jadi, jika harga ayam dibayar dengan dirham maka inflasi adalah 0%
ayam_kampung
Harga seekor ayam = 1 dirham.

Penggunaan Dinar Emas


Dinar sebagai penyimpan kekayaan
================================




Public Dinar


Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas.
Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan PENYIMPAN NILAI TERUNGGUL apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai.
Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.

Untuk membayar zakat
====================
Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
 
publicdinar1_clip_image007.jpg Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil "ain". Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil "dayn".
Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori 'ain' manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori 'dayn'.
Wang kertas dipanggil 'fulus' kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.
Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.
Sumber:
1. http://www.mezquitadegranada.com/zakat/index.html

Untuk membayar mas kahwin
=========================

Mahar Ejen Bijak Emas Ahmad Farieth kepada isteri beliau



Selain itu, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa pada 31 Ogos 2000. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar [nilai 1 dinar pada masa itu (tahun 2000) hanya RM153.00]. 





Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam.'
(petikan dr utusan online arkib 03/09/2000)

Jika pada ogos tahun 2000 nilai 13 keping dinar emas bersamaan Rm2000
Bln Dis 2010 harga 1 dinar bersamaan rm655. Jadi kalau 13 dinar pada masa ini bersamaan
13 x 655 = Rm 8515 !!! (wow 425%..ana setuju...)

Cuba anda kirakan sendiri berapa % kenaikan tersebut.
jika anda mempunyai wang tunai Rm2000 pd masa itu dh hanya menyimpan dlm bank atau asb dlm ms 10tahun sy yakin pulangan anda tidak akan sampai ke tahap ni.

Jika anda inginkan keuntungan sebegini bolehlah bermula dari sekarang. Masih tidak terlambat untuk anda menyimpan emas untuk mengaut pulangan tinggi di masa akan datang. Harga emas akan terus meningkat dan terus meningkat.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=et_02.htm&arc=hive&arc=hive   

Dinar sebagai hadiah @ Anugerah Khidmat Cemerlang Syarikat
====================

publicdinar1_clip_image011.jpg 
Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.

Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli
========================================================
publicdinar1_clip_image013.jpg

Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.

Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 4o tahun (1970 sehingga sekarang) 


 

 

Soalan: Saya berminat nak buat business emas nie. Cammana ye?

pg_opisCara yang termudah menceburi business emas dengan modal yang kecil ialah dengan menjadi agen Public Gold.
Jutawanemas pernah menulis tentang peluang perniagaan emas Public Gold di sini (klik untuk baca)
Modal yang diperlukan hanyalah RM30,000.
Semua modal nie pulak digunakan untuk membeli stok emas satu set (gold bar 100 gram, 50 gram dan 20 gram, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar) dan termasuk kotak letak emas.
Kalau harga set ini kurang dari RM30,000 maka Public Gold akan berikan tambahan emas sehingga belian hampir RM30,000.
Jadi, RM30,000  yang dikeluarkan tu semuanya kita gunakan untuk membeli emas. So memang tak rugi.
pg_box_big
Kalau tunjuk kat bakal pembeli, berpinau mata diorang :)
Memandangkan saya sendiri buat business emas Public Gold, maka saya dapat berkongsi kebaikan menjadi agen Public Gold ini.

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Stok sentiasa ada.
Public Gold mengeluarkan produknya sendiri. Jadi stok sentiasa ada. Pelanggan boleh lock harga emas ikut harga website Public Gold. Samada harga naik atau turun, anda boleh order emas. Confirm dapat. Berbeza dengan Kijang Emas Maybank dan UOB gold product, biasanya stok susah nak dapat especially waktu harga emas turun. Harga cantik tapi tak boleh nak beli.
2. Harga emas yang rendah.
Bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas kat kedai emas. Memang boleh nampak harga emas yang jauh berbeza. Harga Public Gold lebih murah. Boleh tengok kat website Public Gold kat www.publicgold.com.my dan harga kedai emas (FGJAM)
3. Produk yang hot dan menarik.
Produk yang dijual adalah emas pelaburan iaitu gold bar dan dinar. Gold bar (20 gram, 50 gram dan 100 gram), dinar ( 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar). Memang hot product dan senang jual.
4. Perbezaan harga jual beli yang rendah.
Perbezaan antara harga belian dan jualan emas Public Gold adalah rendah. Untuk gold bar, perbezaan hanyalah 5% – 6%. Jadi ia menguntungkan pembeli.
5. Public Gold merupakan pakar emas.
Satu masalah kalau beli Kijang Emas atau kat UOB Bank atau kat Poh Kong ialah emas tak boleh calar, bengkok, tak boleh bukak plastik pembalut dan bermacam-macam ragam lagi. Silap-silap tak akan diterima, kalau kedai emas pulak akan kena potong sampai 25%. pergh.. (baca kat sini)
Mr. Ng, Chairman Public Gold pula memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun calar, kemek, bengkok dan sebagainya asalkan berat tak hilang. Ini baru betul-betul berniaga emas.
6. Bantuan promosi diberikan.
Agen akan dapat pamplet, fail dan bimbingan yang boleh  membantu mereka membuat business emas nie…
pamplet
InsyaAllah, kalau tambah dengan usaha diri sendiri anda boleh berjaya.
Komisyen agen ialah 1.5% daripada jumlah jualan.
Dengan strategi yang betul, jadi agen Public Gold memang boleh dapat sehingga 5%-6% keuntungan

Pengalaman Memajak Emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank oleh Admin Jutawanemas

(untuk makluman - Ar-Rahnu Bank rakyat & Agrobank tidak lagi menerima Goldbar dan dinar untuk dibuat pajakan kecuali barang kemas.)


ar_rahnu_agro_bank :)
Ramai yang bertanya  “Selain dari Bank Rakyat, di mana lagi saya boleh menggadaikan jongkong emas dan dinar emas saya?”
Ini kerana buat masa ini Bank Rakyat menghentikan seketika penerimaan jongkong emas dan syiling emas untuk digadaikan.
Jadi jawapannya ialah “Kita boleh gadai kat Ar-Rahnu Agrobank”
Ini kerana Agrobank merupakan salah satu alternatif bagi mereka mereka yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.
Baiklah, untuk kali ini Admin akan bercerita pengalaman menggadaikan emas di Ar-Rahnu Agrobank.

Kenapa Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas dan syiling emas?

Pegawai Bank Rakyat memaklumkan bahawa faktor utama mereka menghentikan penerimaan jongkong emas ialah kerana skim-skim pelaburan emas.
Skim-skim pelaburan emas ini menggunakan kemudahan Ar-Rahnu bagi menjalankan operasi mereka.
Pergh.. hebat betul penangan skim-skim pelaburan emas nie.
Jadi, bila Ar-Rahnu Bank Rakyat dah stop, maka pembeli gold bar dan dinar emas kena cari alternatif lain.
So, paling mudah ialah Ar-Rahnu Agrobank.
agrobank_melaka
Agro Bank Jalan Hang Tuah, Melaka

Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?

Pada 4/3/2010 Admin telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:
Ia termasuk:
-  3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
-  sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
-  sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)
Tujuannya menggadaikan produk-produk ini ialah:
1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.
Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:
1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak.
20gram
Jongkong emas Public Gold 20 gram
tn_5dinar_10_Dinar
5 dinar dan 10 dinar
Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.
Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Kesemua jongkong emas dan dinar emas Public Gold mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate.
Best :)
5_dinar_berat
Berat 5 Dinar – tepat
10_dinar_berat
Berat 10 dinar – tepat
20gram_berat
Berat 20 gram x 3 keping – tepat

Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.

Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank.
tn_20gram_x_3pcs

Pengiraan.

Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
Memandangkan Admin pernah memajak kat Agrobank maka beliau dapat meminjam 65%.
Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:
Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram
Jadi, 60 gram x RM118.20  = RM7092  –> (ini adalah nilai emas)
Nilai pinjaman = 65% x RM7092
                      = RM4609.80 –> dibundarkan kepada RM4600.00
Jadi, Agrobank akan memberikan  tunai sebanyak RM4600.00
Pengiraan upah simpan.
Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu 
Margin pinjaman
Upah simpan sebulan
 50% ke bawah RM0.50 / 100 
 50.1% sehingga 60%  RM0.60 / 100
 60.1%  sehingga 70% RM0.75 / 100
Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:
(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14
Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14
Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.
No problem.
Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?

Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.
Bagi kes Admin, emas yang beliau pajak di Agrobank ini telah ditebus pada 25/3/2010 (pajakan 21 hari sahaja).
Jadi beliau cuma kena bayar upah simpan sebanyak RM53.19 + RM4600 (pinjaman)
Mudah sahaja :)
slip_tebus_pajak
Slip bayaran untuk menebus emas yang dipajak.
.

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.

Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:
1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.

1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
   jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
   dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)
Ok then.. selamat membuat pelaburan emas :)

Kesimpulannya:

1.  Selain menjadi pelaburan, emas juga adalah penyimpan nilai yang terunggul.
    Ini kerana emas mampu mengekalkan kuasa beli yang sama untuk ratusan tahun,
    malah boleh menjangkau ribuan tahun. Begitu juga dengan perak.
    Ia turut mengekalkan kuasa membelinya.
2. Emas sangat istimewa. Sejak dahulu hingga sekarang manusia sanggup menerima
    emas sebagai media pertukaran. Tokey kambing tahun 2010 pun sanggup terima.
3. Oleh yang demikian, tindakan membeli dan menyimpan emas boleh dikatakan
     amat bijak terutamanya emas fizikal.
4. Jika anda belum memulakan pelaburan emas, sekarang adalah masa yang terbaik.
     Anda boleh membeli emas fizikal Public Gold (gram @kg @ MT) daripada Saudagar Emas nie Ferdaus (019851974). Cara nak  order stok KLIK SINI atau berhubung terus dengan agen yang berhampiran .dengan tempat tinggal anda (klik sini untuk melihat senarai agen Public Gold)
5. Jika anda ingin mengetahui rahsia pelaburan emas, dapatkan ebook Jutawanemas
    yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini)
    Maklumat di dalamnya akan membolehkan anda memahami kaedah membuat
    pelaburan emas di Malaysia dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.


BETWEEN GOLD AND MONEYS, WHAT IS YOUR CHOICE



JIKA ANDA MENJADI AGEN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD, ANDA AKAN MENDAPAT:

KEUNTUNGAN SEBAGAI AGEN



KEUNTUNGAN MENJUAL STOK EMAS PADA HARGA TINGGI



BELI EMAS ATAS WANG PAJAKAN



TAMBAH EMAS DAN HARTA MELALUI PAJAKAN EMAS












Maher Zain - Barakallah