Monday, June 7, 2010

Kenali HPA

BUAT MASA INI HPA ADA:

  • RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD
  • RADIX ORIENTAL CUISINE
  • RADIX CHICKEN HOUSE
  • RADIX BAKERY HOUSE
  • EL ZAHRAA HOTEL
  • JAWI HOMESTAY
  • PUSAT PERABUT PJS
  • TOHARAH DOBI
  • HPA ILHAM HOLIDAY
  • HPA MULTIMEDIA SALES & SERVICES
  • JAWI HERB SHOP
  • HPA COLLECTION
  • HPA ORGANICS
  • MUTIARA HIKMAH (KEDAI BUKU & STATIONARY)
  • KOPERASI AL WAHIDA
  • JUAL DAN SERVIS KOMPUTER

KAD VIP HPA PUN ADA?

KEISTIMEWAAN KAD VIP HPA

Pemegang kad layak berbelanja di setiap anak syarikat HPA terpilih tanpa mengeluarkan wang tunai

  • Pemegang kad diberi layanan VIP
  • Pemegang kad berpeluang mendapat diskaun 5%.
  • Kaedah bayaran melalui potongan bonus bulanan
  • Pengedar layak mendapat bonus melalui nilai mata seperti biasa dengan setiap perbelanjaan menggunakan HPA VIP CARD.

Kad VIP HPA diperkenalkan untuk keselesaan berbelanja di semua anak syarikat HPA tanpa menggunakan tunai. Antara anak syarikat HPA di atas menerima HPA VIP CARD kecuali KOPERASI AL-WAHIDA.

Kejayaan demi kejayaan ; pencapaian demi pencapaian membuatkan HPA makin timbul dalam arus Pembangunan Usahawan. Syukur Alhamdulillah!

JOM kita lihat HPA DAHULU HINGGA SEKARANG
tokwan
Penyediaan herba secara tradisi iaitu dengan meracik kayu dengan tangan dan pisau.

Dirumah inilah herba HPA disediakan. Di peringkat pertama penghasilan produk, HPA hanya menggunakan 3 buah mesin termasuk oven Pembakar kuih yang digunakan untuk mengeringkan akar kayu. HPA bermula dengan 4 orang pekerja dan modal sebanyak RM3 ribu.

Perkembangan perniagaan yang begitu baik dan sambutan terhadap produk-produk HPA yang amat menggalakkan, pekerja dan mesin-mesin terus ditambah bagi menampung permintaan. HPA terus dimantapkan dari semasa ke semasa. HPA juga telah seterusnya mampu ruang menyewa ruang pejabat.

HPA terus maju dan melangkah rumah asaldengan bergaya sehingga mampu berpindah ke bangunan sendiri pada 1997.

kompleks wahidaPejabat di bangunan sendiripejabat pertama HPA Kini HPA beroperasi di Kompleks HPA yang bernilai RM1.5 juta, lebih manis ianya dibina tanpa pinjaman dengan mana-mana agensi kewangan. Saya tumpang bebangga dengan perniagaan tanpa riba HPA ini.

Bangunan Baru HPA - HPA International Center bernilai RM54,000,000.00

HPA Mempunyai 7 keunggulan yang disegani rakan dan digeruni lawan.
7 keunggulan HPA

Jom tengok apakah keunggulan HPA :
Kilang HPA mendapat pengiktirafan GMP pada tarikh 25 Sept 1997 seperti yang diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). GMP ( atau Good Manufacturing Product) adalah satu syarat yang diperlukan untuk memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Piawaian tersebut meliputi bangunan yang ada, pekerja, amalan-amalan kebersihan, mesin dan segala bentuk dokumentasi yang diperlukan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK ).
Pada tahun 1997 juga, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA telah memilih HPA Ind. Sdn Bhd sebagai anak angkat BPFK untuk Pengilang-Pengilang Perubatan Tradisional Melayu.

GMP3

Memiliki kilang bertaraf GMP – Good Manufacturing Practice di bawah kawalan:
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), KKM.
No. Pendaftaran produk MAL05041961T
Diiktiraf oleh World Health Organisation (WHO)‏Produk kesihatan didaftarkan dan dikawal oleh:
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKMLulus ujian logam berat, steroid, mikrob dan kelarutan..
Sticker ‘berkilat’ pada botol-botol produk kesihatan.

pengiktirafan

Pengiktirafan sijil HALAL ; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)‏
Pengiktirafan SIRIM – MS ISO 9001:2000 dan MS ISO 22000 – 2005
Pengiktirafan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Solat Dhuha

HPA mempunyai 10 orang Panel Syariah yang memantau produk dan sistem perniagaan MLMnya :
Barisan Panel Syariah HPA
1- Ustaz Ahmad bin Ali – M.A. Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar
2- Ustaz Hasyim bin Jasin – B.A Pengajian Islam, Universiti Baghdad, Iraq
3- Prof. Madya Dr. Ishak bin Sulaiman – PHD Hadith Dan Muamalah, Universiti Of Wales, UK (Pensyarah Dan Timbalan Pengarah Akademi Islam Universiti Malaya)
4- Dr Mohd Nasir bin Hj Hasmid – PHD Pengajian Islam UKM, (Pensyarah UITM Arau)
5- Ustaz Basri bin Abd Ghani – M.A Ekonomi Islam U.M (Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)
6- Ustaz Nidho bin Abd. Rahman – B.A Al-Azhar, M.A Al-Quran AL Sunnah UKM, (Pensyarah UUM,Sintok)
7- Ustaz Khadafi bin Hj Rofie – B.A Al Azhar, M.A Hadis UKM (Pensyarah UUM Sintok)
8- Ustaz Hassan Zaid bin Ramly – B.A Al Azhar, M.A Syariah UKM (Pensyarah IPTS)
9- Ustaz Hasbullah bin Ali – B.A Al-Azhar, M.A Syariah UKM (Pensyarah IPTS)
10- Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil – B.A Syariah Al-Azhar, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A) Insaniah – Al-Azhar (Pengurus Pentadbiran HPA)

anaksyarikat
ladang
ternakan
RFC alorstarKKkehebatan radixjawi herbs shophotel hpa di KBHPA keluar negarahpa collectionelzahraainhomestaylori
bus ilham holidayilham holiday hpa
tunjang
hosba canglon
gudang uae
aziziah
ayam titian
arau

dan lagi….sila lihat : http://hpa.com.my/



Thursday, June 3, 2010

Hotel De Palma

Diskaun Untuk Ahli HPA Di Hotel De Palma


Kadar Sewa Bilik Untuk Ahli HPA Di Hotel De Palma

Hasil usahasama antara HPA dan rangkaian Hotel De Palma, kini pihak hotel telah menawarkan beberapa insentif khas kepada ahli-ahli HPA dengan potongan antara 25 – 50% daripada harga asal. Hotel-hotel De Palma adalah seperti berikut:

1. Hotel De Palma Ampang
2. Hotel De Palma Shah Alam
3. Hotel De Palma Sepang
4. Hotel De Palma Kuala Selangor.

Insentif kedua pula untuk pakej-pakej kursus seperti PIC, KPJ dan PBC juga akan mendapat potongan harga yang sangat menarik. Pihak pengurusan HPA menyifatkan usahasama ini sebagai satu lagi kejayaan HPA dalam melebarkan jaringan peniagaannya dengan pelbagai pihak untuk kemudahan ahli.

Contoh insentif yang diberikan di Hotel De Palma Ampang kepada ahli HPA ialah seperti berikut:

1. Bilik Superior harga asal RM320.00 harga ahli HPA RM145.00
2. Business harga asal RM365.00 harga ahli HPA RM170.00
3. Junior Suite harga asal RM465.00 harga ahli HPA RM260.00
4. Executive Suite harga asal RM650.00 harga ahli HPA RM350.00
5. De Palma Suite Harga asal RM800.00 harga ahli HPA RM400.00

Kadar harga ini berbeza mengikut lokasi hotel-hotel tersebut. Sila dapatkan pamplet khas dari cawangan yang berhampiran sedikit masa lagi. Jangan lupa menunjukan kad ahli apabila menginap di hotel-hotel tersebut.

InsyaAllah ke “Arah Menguasai Pasaran Global.”

Cawangan HPA Di Hotel De Palma Ampang

Kita memilih hotel ini kerana mereka menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah pertama di Malaysia. Kita wajib memberikan sokongan agar hotel ini menjadi kukuh seperti hotel – hotel yang lain. Kukuh dengan syariat Islam itulah misi kita. Kita mahu berniaga dengan mereka kerana Allah tanpa meletakkan syarat kerana mereka sanggup mengubah pandangan masyarakat agar percaya kepada perhotelan syariah.

InsyaAllah cawangan HPA akan siap pada awal Jun 2009 ini di lobby hotel de Palma. Kita membuka cawangan bagi tujuan menyampaikan maklumat produk halal kepada masyarakat yang berkunjung ke hotel. Sama misi dengan hotel de palma, kita jadi pelengkap kepada keperluan halal yang dicari. Usaha untuk menyampaikan produk halal ke tangan pengguna terus giat dijalankan melalui rangkaian niaga yang semakin berkembang. Amin.


HPA bukan syarikat MLM biasa. HPA adalah syarikat MLM 100% muslim bumiputra yang luar biasa. Ada panel syariah yang mengawasi plan pemasarannya supaya menepati kehendak syarak. HPA lebih daripada sekadar MLM, seolah-olah menyertai sebuah kelab. Pelbagai kelebihan untuk ahli. Makan di RFC, ROR, RCH, ROC juga dapat kumpul nilaimata.

Terbaru seperti berita di atas. Menginap di De Palma juga dapat diskaun yang begitu tinggi! Selain itu menginap di rangkaian hotel HPA juga dapat nilaimata.

Sila klik banner di bawah jika BERMINAT.




Sunday, May 30, 2010

Ibu Pejabat HPA RM54 juta

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), menamakan bangunan 12 tingkat bernilai RM54 juta yang dibeli di Seksyen 13 Shah Alam sebagai HPA International Center (HIC), sekali gus menjadi ibu pejabat syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di Malaysia.

Sehubungan itu, beberapa jabatan utama di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis, akan berpindah secara berperingkat.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, perasmian bangunan baru itu tidak akan diadakan pada 1 Jun ini sebaliknya pada satu tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Menurutnya, Jabatan Pentadbiran HPA adalah yang pertama akan berpindah ke bangunan baru berkenaan.

“Kami tidak akan mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya sekadar doa selamat dan kunjungan ahli untuk melihat bangunan yang dibeli hasil usaha mereka mengedarkan produk keluaran HPA,” katanya.

Mengikut perancangan, selain pelbagai jabatan utama di HPA, bangunan berkenaan turut menempatkan premis perniagaan seperti HPA Halal Mart dan restoran makanan segera milik syarikat berkenaan seperti Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Pizza House (RPH), Radix Bakery House (RBH) dan Radix Oriental Cuisine (ROC).

HPA adalah MLM yang mempunyai Panel Syariah sendiri dan kini mempunyai lebih 600,000 ahli di Malaysia manakala 250,000 di Indonesia selain mempunyai cawangan di Brunei, Thailand dan Kemboja.

Pada masa ini, HPA mengeluarkan lebih 300 produk makanan tambahan, ubatan herba dan kegunaan harian yang dijual di lebih 170 cawangan HPA di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah RM18 juta sebulan.

Monday, May 24, 2010

MLM 2 ALAM

“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim”

Adakah anda masih tercari-cari produk HALAL keluaran umat Islam di pasaran? Ingin menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan rangkaian produk HALAL secara online?

Peluang Bisnes Produk Halal HPA Bersama Team DuniaHerba Secara Online. Jana Bonus Lumayan Setiap Bulan Dengan Menjadi Pengguna Setia Produk HPA. Mari Bersama Kami.

Kenali HPA & Radix

Kopi Radix...Mai Secawan. Pasti anda masih ingat dialog iklan ini di kaca TV. Kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama.

Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal seperti:

  • Makanan kesihatan berasaskan herba,

  • Produk makanan & minuman Halal

  • Produk makanan sejuk beku

  • Produk aiskrim

  • Produk penjagaan diri

  • Produk kegunaan harian dan

  • Produk kosmetik.

Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih 300 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:

  • Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).

  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Menggunakan 100% herba.

  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan steroid.

  • Melepasi ujian had kandungan logam berat, ujian had Mikrob dan ujian had kecairan.

  • Dipantau oleh Panel Syariah HPA


Antara Produk Popular Keluaran HPA


Ayam Organik | Sate Organik | Aiskrim Toyyibah | Kopi Radix | Penapis Air Dew | Set Bersalin | Coklat Radix | Minyak Wangi | Syampu Pegaga | Sabun Susu Kambing | Deodorant Radix | Centella White (set kosmetik) | Minyak Zaitun | Air Mineral | Cola Radix | Sarsi Radix | Koko Radix | Bedak Talkum | Berus Gigi | Ubat Gigi | Biskut Radix | Lotion | Cereal Radix | Kismis Minda | Habbatussauda | Madu Asli | Minyak But-but | Kordial Kurma | Kordial Mangga | Kordial Pegaga | Roselle | Minyak Kelapa Dara | Sos | Kicap | Tepung Goreng RFC dan bermacam-macam lagi

Klik Disini Untuk Senarai Penuh Produk HPA

Produk Baru HPA: Penapis Air Dew

halal.gifiso_new_accr.gifbuatan.gifgmp.pngmuslim.png


Rangkaian Restoran dan Hotel HPA


Selain produk, HPA turut mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan restoran ayam goreng sendiri, iaitu Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang kini mempunyai 5 cawangan iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Bandar Laguna Merbok, Kluang, Johor dan terkini di Melaka (Mydin Mall MITC) . Ia satu alternatif untuk umat Islam yang tercari-cari makanan halal organik milik umat Islam. Lebih hebat lagi, perniagaan restoran lain juga turut dibuka selepas RFC. Antaranya ialah:

  • Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Sg Petani - masakan cina

  • Restoran Radix Chicken House (RCH), Jelempok, Kluang, Alor Setar & Kangar - menu berasaskan ayam organik seperti nasi ayam, sate ayam, ayam golek dll

  • Restoran Radix Pizza House (RPH), Sg Petani - pizza dan western food

  • Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Sg Petani - nasi ayam organik

  • Radix Bakery House (RBH), Sg Petani - kedai kek, roti & ban

HPA juga menceburi bidang perhotelan dengan membangunkan hotel berciri Islam yang diberi nama Hotel El-Zahraa Inn yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Rangkaian restoran dan hotel HPA ini dalam proses untuk dibuka di seluruh negara.

"Setiap ahli HPA yang berbelanja di mana-mana restoran dan hotel HPA akan mendapat Nilai Mata (NM)"*

*Sila tunjukkan kad ahli HPA semasa membeli untuk mendapatkan Nilai Mata (NM)


Peluang Perniagaan Bersama HPA


HPA adalah pemenang Anugerah Perdana Menteri sempena MAHA 2008

HPA menawarkan peluang perniagaan yang cukup menarik dan anda pasti mampu menjana pendapatan lumayan melaluinya, InsyaAllah. Produk-produk HPA dipasarkan melalui anak syarikat HPA, Al-Wahida Marketing Sdn Bhd menggunakan kaedah pemasaran berbilang aras (Multi Level Marketing).

Perniagaan MLM HPA telah mendapat pengiktirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia dan HPA juga mempunyai Panel Syariah sendiri seramai 11 orang yang bertindak memantau segala aktiviti perniagaan HPA dari segi penyediaan produk dan konsep perniagaan yang digunakan. Ahli panel ini terdiri daripada para ahli akademik, pensyarah, professor dan ahli agama.

HPA turut menyediakan kursus keusahawanan dan perawatan herba yang mantap kepada semua ahli untuk melahirkan usahawan yang hebat dan juga perawat yang terlatih. Plan pemasaran HPA yang dirangka mampu memberi pendapatan lumayan dan ianya terbukti dengan lahirnya ramai usahawan HPA dengan pendapatan 4, 5 angka sebulan.

"HPA telah diiktiraf sebagai MLM berlandaskan Syariah oleh barisan Panel Syariah HPA seramai 11 orang. Justeru itu, bisnes ini TIDAK TERLIBAT dengan..."

  • Sistem Piramid

  • Sistem Binary/Trinary/Matrix

  • Skim Cepat Kaya

  • Sistem 4 D (Duduk Diam, Dapat Duit)


Perniagaan MLM Online Bersama DuniaHerba.net


Perniagaan MLM menggunakan internet merupakan kaedah pemasaran baru yang kini mula mendapat perhatian ramai. DuniaHerba.net dibangunkan bertujuan untuk membantu para ahli HPA dari group ini membina rangkaian pengedar secara online kerana peluang untuk mendapatkan prospek dan downline melalui Internet sangat tinggi. Dan ianya ternyata MUDAH, CEPAT, BERKESAN, SELAMAT dan KURANG KOS operasi.

Web ini adalah web peribadi dan dibina atas inisiatif kumpulan kami sendiri dan bukanlah web rasmi syarikat HPA. Jadi, penyertaan sebagai ahli HPA melalui web ini dibuka hanya untuk mereka yang belum pernah menyertai HPA sahaja.

Keahlian DuniaHerba.net terbahagi kepada 2 kategori iaitu KEAHLIAN PERCUMA dan VIP.

1. KEAHLIAN PERCUMA bermaksud anda mendaftar di DuniaHerba.net secara percuma dan tidak upgrade keahlian anda dengan modal berbayar. Ia juga belum mengesahkan lagi anda menjadi ahli HPA secara rasmi. Kami tidak benarkan anda untuk melakukan penajaan secara online selagi anda belum upgrade kepada keahlian VIP.

2. KEAHLIAN VIP ialah pendaftaran berbayar dan secara rasminya anda menjadi ahli HPA yang sah melalui rangkaian DuniaHerba.net. Untuk upgrade kepada VIP, sila daftar keahlian percuma dahulu kemudian login semula web dan klik pada menu Upgrade VIP dan lakukan bayaran sebanyak RM 30 (yuran ahli HPA) + RM 5/8/10/15 (kos penghantaran Kit Niaga HPA) ke mana-mana akaun Admin. Sila rujuk harga kos penghantaran dan no akaun Admin pada Menu Upgrade VIP. Isi maklumat pembayaran disini selepas bayaran dibuat.

"Yuran Keahlian HPA Hanya RM 30* sahaja SEUMUR HIDUP"

*Tidak termasuk kos penghantaran kit niaga HPA


Web Autodownline DuniaHerba.net


Bagaimana web ini berfungsi? Apabila anda mendaftar sebagai ahli VIP di web ini, anda akan menerima sebuah laman web replika secara percuma (contoh: www.duniaherba.net/userid_anda) yang akan membolehkan anda mempromosinya di Internet. Kemudian, apabila ada pengguna yang mendaftar sebagai ahli VIP melalui laman web replika anda, mereka akan secara automatik menjadi downline anda.

Yang lebih memudahkan ialah setiap pendaftaran ahli baru VIP di bawah anda melalui web DuniaHerba.net akan diuruskan oleh Admin web termasuk penghantaran kit niaga HPA.

Ringkasnya, untuk menjana pendapatan bersama DuniaHerba.net

  1. Daftar menjadi Ahli HPA melalui web ini (keahlian VIP)

  2. Membeli dan mengguna produk HPA sebanyak 50NM (sekitar RM 100) sahaja setiap bulan untuk layak mendapat bonus.

  3. Menaja ahli baru (downline) dengan mempromosikan laman web anda yang diberikan PERCUMA!

Dengan melaksanakan langkah-langkah ini secara konsisten, anda akan berpeluang menjana pendapatan lumayan secara berterusan, InsyaAllah.

Jom Mulakan Perniagaan Online Anda Bersama Kami. Bina Rangkaian Anda Secara Online Sekarang Juga!

Klik Disini Untuk Mendaftar Menjadi Ahli & Pengedar HPA Bersama DuniaHerba.net

Pra Daftar Adalah PERCUMA!

KELEBIHAN PERNIAGAAN HPA:

  1. Keahlian HPA hanya RM30 seumur hidup. Tiada yuran tahunan.

  2. Ahli mendapat diskaun 20-25% untuk semua produk.

  3. Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus.

  4. Kepelbagaian jenis produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

  5. Produk berteraskan harga ihsan, murah dan mudah dipasarkan.

  6. Program ‘Perkongsian Bijak Cemerlang’ (PBC) untuk melahirkan usahawan cemerlang dengan pendapatan 5 angka sebulan.

  7. Program 'Perkongsian Ilmu Cemerlang' (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.

  8. Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.

  9. Ribuan stokis dan ratusan cawangan HPA di seluruh Malaysia.

  10. Tawaran 11 jenis ganjaran bonus lumayan melalui pelan pemasaran yang begitu mudah, adil dan sukses. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!

  11. Ahli boleh melabur dalam Koperasi HPA untuk mendapatkan keuntungan.

  12. HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

  13. HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua. Sebagai pengamal produk kesihatan HPA, insyaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.

  14. Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Restoran Radix Pizza House (RPH), Radix Chicken House (RCH), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.

  15. Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.

  16. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

  17. Ahli akan mendapat diskaun sehingga 50% apabila menginap dimana-mana rangkaian Hotel De'Palma.

MENGAPA PERLU SERTAI AHLI HPA BERSAMA DUNIAHERBA.NET ?

  1. Mendapat laman web replika percuma, contoh: http://www.duniaherba.net/userid_anda
  2. Sistem Autodownline yang memudahkan untuk mendapat ahli (downline) dengan mempromosi web replika anda.
  3. Dilengkapi dengan Sistem Emel Autoresponder yang canggih yang akan melakukan tugas follow up prospek secara automatik melalui emel.
  4. Penghantaran produk secara pos untuk downline.
  5. Penajaan tanpa sempadan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  6. Kaedah Internet untuk kembangkan bisnes dan dapatkan downline.
  7. Admin akan membantu dengan memberikan pelbagai tips dan panduan promosi secara berterusan.
  8. Dapat mengetahui maklumat senarai ahli HPA dibawah anda seterusnya memudahkan anda untuk membuat tindakan susulan.
  9. Pendaftaran ahli baru secara online diuruskan oleh admin DuniaHerba.net.
  10. Menyediakan latihan untuk berjaya dan bahan-bahan bagi penajaan yang sangat berguna bagi menyokong anda dan ahli kumpulan anda.
  11. Khidmat sokongan melalui Yahoo Messenger, Email, SMS, Call dan Offline 24 jam sehari.

Mari Bermuamalah Bersama Kami

Marilah bersama-sama kami menjalankan muamalah yang unik serta berlandaskan syariat Islam ini. HPA telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk anda menjadi pengedar HPA bagi menjayakan perniagaan ini dan sudah tentu HPA menawarkan satu pendapatan yang bukan sahaja menarik dan lumayan tetapi yang paling penting adalah barakah.

Kenapa barakah? Pertama, sebagai Muslim sejati, HPA sentiasa memastikan perniagaan yang ditawarkan ini bebas sama sekali dari amalan riba. Kedua, HPA tidak akan bersyubahat dan akan memastikan sumber bahan mentah yang digunakan adalah tidak bertentangan dengan syarak.

Seterusnya HPA akan menentukan para pekerja dan pengedar mematuhi etika sebagai Muslim sejati supaya kita semua, InsyaAllah akan mendapat Perlindungan, Keberkatan dan Dimurahkan Rezeki dimana juga kita berada.

Marilah Bersama Perniagaan Umat Islam Terulung Di Era Ini. Pastinya Inilah Pilihan Anda!

Klik Disini Untuk Pra Daftar PERCUMA!



*Senarai Pengedar Di Bawah Rangkaian Kami..Klik Sini






Gratisan Musik