Ramalan Pakar & Otai

Ramalan Poh Kong

Harga Emas Bakal Cecah USD5000/oz, Silver USD100/oz


Hari ni harga emas berlegar sekitar USD1770-USD1780. Apa? Harga emas akan naik ke USD5000/oz??? Ini bersamaan kenaikan sehingga 200%! Mustahil??? Itu kata anda...tapi sebelum tu, lihat fakta ini...

Quantitative Easing 1 ataupun lebih dikenali sebagai QE1 telah pun diumumkan pada Disember 2008 bagi meransang ekonomi Amerika Syarikat. Dalam pakej yang diumumkan itu, Federal Reserve telah mencetak sebanyak USD300 billion dan hasilnya harga emas telah meningkat sebanyak hampir 40% dalam tahun 2009. Namun usaha Amerika Syarikat untuk meningkatkan ekonomi mereka semakin mendatangkan kegagalan, malah tindakan mencetak wang hanya menyebabkan nilai Dollar US semakin menurun.


Setahun selepas itu, Federal Reserve sekali lagi bertindak melancarkan QE2 pada Ogos 2010 di mana kali ini sebanyak USD600 billion telah dicetak bagi tujuan yang sama. Walaupun dikecam kerana gagal dalam QE1, namun US masih tidak mahu berhenti untuk terus mencetak wang Dollar kebanggaan mereka itu. Hasilnya, pergerakan harga emas telah meningkat hampir 35% sehingga bulan September 2011. Kenaikan ini juga didorong kesan Standard & Poors (S&P) yang bertindak menurunkan kredit rating dari AAA kepada AA+ pada bulan Ogos 2011. Ini adalah kesan kegagalan QE2 sepertimana kegagalan QE1 dahulu.


September 2012. Sekali lagi Federal Reserve seperti diketahui ramai pihak akan melaksanakan QE3 dan sesuatu yang mengejutkan telah pun diumumkan oleh Chairman Federal Reserve, Ben Bernarke. Lihat apa yang diumumkan olehnya... 

The Federal Reserve announced plans to unleash more stimulus Thursday, in its third attempt at a controversial program to rev up the U.S. economy. The policy, known as quantitative easing and often abbreviated as QE3, entails buying $40 billion in mortgage-backed securities each month. The end date remains up in the air, as the Fed will re-evaluate the strength of the economy in coming months. The Fed is wasting no time. The purchases begin Friday and are expected to add up to only $23 billion for the remainder of September.The bond-buying policy "should put downward pressure on longer-term interest rates, support mortgage markets, and help to make broader financial conditions more accommodative," the Fed's official statement said.
Harga Emas telah meningkat sebanyak 111% dari QE1-QE3. Kesan Quantitative Easing 3 (QE3) yang diumumkan oleh Federal Reserve pada 13 September lepas bakal membawa harga emas untuk terus meningkat hampir 200% dalam masa 3 tahun akan datang. Besar kemungkinan, harga emas akan melonjak ke angka USD5000/oz dan harga Silver pada kedudukan USD100/oz. QE1 dan QE2 telah pun menjadi sejarah, dan QE3 adalah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih luas.

Jika sebelum ini, anda tidak membuat apa2 tindakan untuk membeli emas bagi menjana keuntungan, maka gunakan peluang ini untuk merancang sesuatu yang boleh memberikan pulangan yang lebih dalam masa 2,3 tahun akan datang. Mulakan dengan membeli emas keluaran Public Gold @ GCP yang pasti tidak akan mengecewakan anda. Hubungi saya 0199851974
Harga Emas Dunia pd (29/1/2012) - USD1737/OZ.....
Pendita Emas meramalkan harga Emas akan Mencecah USD1800/0z pd akhir tahun 2012 dan harga Emas Domestik RM200/gm

Rumus data dari PE berkaitan dengan jangkaan kenaikan harga emas tersebut ialah:
  • Terdapat jutaan saham emas dan pelabur emas yang diwujudkan dan melekat dengan komoditi ini
  • Permintaan vs penawaran
  • Kadar faedah yang rendah dan hampir sifar dikebanyakan negara
  • Jangkaan tokoh popular George Soros bahawa politik, ekonomi dan sistem kewangan dalam huru-hara
  • Kenaikan harga minyak mendorong kenaikan kadar inflasi dan harga emas dengan pantas
  • Iran dan India menggunakan emas dalam dagangan minyaknya
 Peter Schif, President & Chief Global Strategist dari Euro Pacific Capital, menjangka harga emas akan mencapai USD 5,000/oz – USD 10,000/oz dalam 5 - 10 tahun akan datang, dengan alasan bahawa masyarakat dunia semakin takut dengan penurunan nilai (debasement) mata wang kertasnya diikuti krisis ekonomi, real estate, mortgage meltdown, credit crunch, subprime debacle dan pelbagai lagi nama krisis-krisis lainnya.

 
Alf Field, tekenal di dunia sebagai World’s Best Gold Analyst telah menjangkakan, harga emas akan berada pada kadar USD 5,000/oz – USD 10,000/oz. Alasannya adalah bila mengikut trend tahun 70-an ke 80-an di mana harga emas melonjak 24.3 x dalam 1 dekad, kenaikan emas dekad ini akan mencapai USD 6,221/oz yang merupakan gandaan harga terendah dekad ini USD 256 x 24.3. Penyebab fundamentalnya adalah krisis sekarang yang dia sebutnya sebagai systemic meltdown, dan pemerintah dunia membanjiri ekonomi dengan wang kertas untuk mengatasi krisis-krisis tersebut yang menyebabkan hilangnya nilai wang kertas.

 
Harry Schultz dari Newsletter berbayar - International Harry Schultz Letter, menjangka harga emas akan mencapai USD 6,000/oz tanpa memberi target waktu yang pasti. Alasannya adalah harga emas akan melonjak sangat tinggi bila terjadi hyperinflasi, sedangkan hyperinflasi adalah fenomena kewangan yang boleh terjadi secara mengejut, berbeza dengan fenomena ekonomi pada umumnya yang terjadinya secara gradual.
 
Egon Von Greyerz, Managing Director dari Matterhorn Asset Management, Swiss berkata, emas akan mencapai kadar US$ 5,000/oz – US$ 10,000/oz dalam beberapa tahun mendatang. Alasannya: pertama bila real inflation seperti yang disajikan oleh Shadowstats.com digunakan untuk mengukur harga emas yang wajar, maka harga emas akan menjadi 6 kali dari harga sekarang; dan kedua, realiti bahawa supply emas yang tidak akan pernah cukup untuk memenuhi demand terhadap emas yang tumbuh lebih cepat.

 
Peter Cooper (Penulis buku “Dubai Sabbatical : The Road to US$ 5,000 Gold"), menganggarkan harga emas akan mencapai US$ 5,000/oz dalam waktu yang tidak terlalu lama. Alasannya adalah saat ini kerajaan di dunia melaksanakan rejim kadar faedah yang rendah untuk mengatasi krisis; pada masa kadar faedah rendah – obligasi pemerintah menjadi menarik. Namun situasi ini tidak akan bertahan lama, obligasi akan segera jatuh dan orang perlu menyimpan wang di tempat yang selamat – sebenarnya tidak ada tempat selamat dari obligasi kerajaan kalau bukan emas?. Sedangkan supply emas selalu terbatas, maka bila ada lonjakan demand – yang pasti terjadi adalah lonjakan harga.

 

Arnold Bock ialah komentator laman web emas paling terkenal di dunia kitco.com. Menurut Arnold harga emas akan naik secara parabolic sampai mencapai US$ 10,000 satu masa nanti. Dia memiliki enam alasan untuk prediksinya ini iaitu:
i. kegagalan pemerintah-pemerintah membayar hutang;
ii. raksasa-raksasa financial dunia muflis;
iii. inflasi dan devaluasi mata wang dunia;
iv. manipulasi harga emas sehingga masih ‘rendah’ sekarang;
v. keterbatasan supply emas dibandingkan dengan peningkatan demand-nya; &
vi. keperluan untuk melaburkan dana-dana di tempat selamat atau safe haven.

 

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

 

Analisis Ramalan Harga Emas Bakal Mencapai USD5000.

Saya pasti anda masih ragu-ragu akan kemungkinan harga Emas boleh melonjak sehingga USD5000 bukan? Sebelum anda terus meragui pendapat mereka perlu diketahui, mereka semua adalah pakar-pakar dalam menganalisis pergerakan harga Emas. Oleh itu setiap, ramalan mereka sebenarnya bukanlah hasil dari agak-agakkan kosong. Hakikatnya ramalan mereka adalah hasil daripada analisis kitaran pasaran (Market Cycle Analysis) keatas komoditi Emas bagi suatu jangka masa tertentu. Perlu diketahui, seperti kehidupan kita yang sentiasa berulang2, begitu jugalah dengan behaviour dalam pasaran Emas. Ianya akan sentiasa berulang dan inilah yang dinamakan Market Cycle. Baiklah, mari kita lihat bagaimana analisis yang mereka lakukan dalam meramalkan kenaikkan harga Emas boleh melonjak sehingga paras USD5000!! Adakah anda sudah bersedia?
Mari saya kongsikan secara eksklusif , jelas dan terperinci analisis pasaran dalam meramal pergerakan harga Emas akan datang. Daripadanya, kita dapat melihat bagaimana pakar-pakar dapat meramal kenaikan harga Emas berpotensi mencecah sehingga USD5000.  Sila lihat graf dibawah. Graf dibawah menunjukkan Purata Harga Emas Bulanan sejak Januari 1968.



Graf diatas kelihatan terdapat gelembung2 Emas, Bukan?

Jika anda beranggapan terdapat gelembung2 Emas yang jelas, sila lihat graf berskala luas dibawah dimana gelembung Emas tadi sudah tidak kelihatan:



Pemerhatian dilakukan pada pergerakan harga Emas dari tahun 2000 sehingga sekarang (Garisan Kuning) dimana kelihatan plot pergerakan harga Emas menunjukkan persamaan seperti pergerakan harga emas dari tahun 1968 sehingga April 1979 (Garisan Biru). Lihat Graf dibawah:



Mungkin ada sesetengah menolak analisis ini kerana terdapat perbezaan pada pergerakan harga dari tahun 1972 sehingga tahun 1975. Ya, walaubagaimanapun jika dilihat secara kesuluruhan harga Emas diantara 1968 sehingga 1979 dan harga Emas dari awal tahun 2000 sehingga sekarang menunjukkan persamaan yang menakjubkan iaitu sebanyak 89,65% ketepatan.

Perkara lain yang dikenal pasti ialah pergerakan harga Emas dari November 1975 hingga April 1979 adalah sangat sepadan seperti mana pergerakan harga dari January 2008 sehingga sekarang. Lihat graf dibawah:



Namun jika ini tidak cukup meyakinkan, lihat graf pergerakan harga mingguan seperti dibawah.


 Oleh itu, berapakah kadar persamaan diantara kedua2 tempoh masa berikut? (data diukur dalam asas bulanan)
Ya, jika anda lakukan pengiraan, kadar persamaannya ialah berada pada tahap 97,83% ketepatan!!Wow!

Jadi, apakah ramalan anda tentang sasaran kenaikan harga Emas akan datang dengan merujuk kepada perbandingan asas harga pada tahun 1981 iaitu $873/ounce jika perbandingan pergerakan harga Emas yang dijalankan adalah tepat??

Ya, tentu sekali pada harga $5000/ounce!!


Jadi tidak hairanlah, pakar2 dengan mudahnya dapat meramalkan harga Emas berpotensi untuk melonjak sehingga ke paras $5000/ounce!

Sekarang, adakah anda masih ragu2 lagi harga Emas berpotensi melonjak hingga ke paras $5000 per ounce??

*Sekadar Ingatan: Ramalan di atas bukan bersandarkan rekaan @ baling buah dadu @ tilik air dlm mangkuk..mereka mempunyai alasan dan indicator kukuh untuk membuat analisa dan diiktiraf oleh para pelabur... jika anda sendiri masih ragu-ragu------
Saya serahkan pada anda untuk membuat penilaian samaada untuk mempercayainya atau tidak☺. Ramalan saya pulak- harga emas akan mencecah $10,000per ounce sbb sukahati saya nak ramal berapa pun sbb untung @ rugi saya yang tanggung..ha..haa..haaa . Cal saya skrg-0199851974