Tuesday, October 25, 2011

Tambah Ilmu Emas..tido boleh lena

Alhamdulillah, semakin ramai orang yang ingin berjaya didalam pelaburan emas
ini bersama saya.


Anda bila lagi? saya pasti setelah anda mengetahui teknik pelaburan emas ini,pasti tidur anda tidak lagi lena selepas itu. sebab saya pun begitu dahulu.
lakukan sendiri dan buktikan kepada saya betul atau tidak. Yang best nye. Saya ajar ini secara PERCUMA sahaja kerana saya dapat ilmu ini untuk disebarkan. Namun sebelum anda memulakan pelaburan emas ini, silalah mencari ilmu serba sedikit tentang emas.adakah betul dan atau salah apa yang katakan di blog ini.Dan timbang tara sama ada anda betul-betul ingin lakukan ataupun tidak.

Harga emas Public gold pada bulan Jan 2011

Setiap pelaburan akan ada untung dan rugi. tiada 1 pun pelaburandalam dunia ini menjanjikan keuntungan sahaja.Dan saya pun tidak kata pelaburan emas ini selalu untung sahaja, saya mengajar bagaimana kita dapatmengelakkan kerugian tadi dapat kita menjana keuntungan yang lebih lagi. ia dipanggil "Risk Management".

Seumpama kita bermain badminton. 1st kita menang, 2nd set kita kalah, dan 3rd set kita menang, secarakeseluruhan kita tetap pemenang, Begitu juga pelaburan emas, apabila RUGI tak bermakna kita kalah.Ini kerana kita rugi untuk mengambilkeuntungan yang berlipat kali ganda pada masa tertentu.

Harga emas Public Gold pada bulan Ogos 2011


Itulah yang saya akan ajar anda secara eksklusif jika anda berminat menyimpan emas. Mulakan dengan membeli emas dari saya sekarang. Saya akan berkongsi dengan anda ke arah kewangan yang lebih stabil. InsyaAllah..

"Orang berjaya akan mencari jalan, Orang gagal akan mencari alasan"

Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?

Produk Emas Public Gold Yang Mana Paling Untung?

Perbandingan+Spread+PG Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?

Untuk makluman anda, Emas Dinar Public Gold (PG) banyak kelebihan berbanding Gold Bar PG.
Mungkin saya boleh katakan syiling emas 1 Dinar PG (ketulenan 916, berat 4.25 gram) adalah produk terbaik untuk pelaburan berbanding produk Public Gold yang lain.
Cuba sahabat-sahabat bandingkan tiga (3) faktor di bawah:
Faktor #1: Kecairan Tinggi
Kecairannya lebih tinggi daripada gold bar (jongkong emas) disebabkan harganya murah. Kalau nak jual, kita lebih mudah dapat pembeli (individu) syiling 1 Dinar berbanding gold bar. Syiling dinar lebih murah berbanding gold bar disebabkan:
(1) Ketulenan lebih rendahi.e. emas 916 berbanding gold bar i.e. emas 999.9. sedangkan kedua-dua jenis emas ni memang bernilai tinggi untuk jangka panjang.
(2) Beratnya kurang berbanding gold bar. Standard berat 1 Dinar ialah 4.25gram.
Kalau nak pakai duit nanti, boleh jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit. Tapi kalau gold bar 20 gram contohnya, memang kena jual seketul 20 gram. Tak boleh jual sikit macam syiling 1 dinar.
Faktor #2: Spreadnya Rendah, Harganya Murah
Spreadnya rendah iaitu cuma 6% – sila rujuk carta perbandingan spread emas Public Gold yang saya sediakan tu. Spreadnya sama dengan spread gold bar 20 gram yang harganya 5 kali ganda lebih tinggi, bahkan spread syiling 1 Dinar (6%) lebih rendah berbanding spread gold bar 10 gram (8%).
Spread rendah maksudnya kita akan dapat lebih CEPAT untung berbanding emas yang spreadnya tinggi. Katakanlah harga emas naik 10%, pembeli syiling 1 Dinar dah dapat untung 4% (10% – 6% spread) berbanding pembeli gold bar 10 gram yang cuma untung 2% (10% – 8% spread) jer.
Jika Barangan Public Jewellery spread lagi besar.. tetapi design dan harga yang cantik tetap membuatkan membeli Public Jewellery lebih berbaloi-baloi dari membeli di kedai emas biasa.
jewellery Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?
Spread 18-20%
Setakat yang saya perhati, bentuk syiling dinar paling banyak permintaan ialah syiling 1 dinar berbanding syiling 5 dinar dan 10 dinar, dan gold bar paling tinggi permintaan ialah gold bar 20 gram berbanding 10 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Gold bar 10 gram agak kurang permintaan, mungkin sebab spreadnya paling tinggi. Saya nasihatkan, daripada beli gold bar 10 gram, lebih baik beli syiling 1 dinar.
[Nota: Pengiraan spread ialah (Harga Jualan – Harga Belian) bahagi dengan Harga Jualan. Kemudian, darab dengan 100]
Faktor #3: Permintaan Lebih Tinggi
saiz+gold+bar+%2526+dinar Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?
Goldbar 20 gram & 1 Dinar.
Permintaan syiling 1 Dinar lebih tinggi daripada gold bar terutamanya masa harga emas mencanak naik. Orang yang modal kecik macam student pun mampu beli syiling 1 Dinar. Emas bentuk dinar ialah antara emas pelaburan paling murah bagi sesiapa nak baru nak bermula.
Lagi satu, orang suka beli syiling 1 dinar untuk buat maskahwin ataupun hantaran. Emas dinar memang sesuai sangat untuk perkahwinan, tapi saya tak pernah dengar orang guna gold bar untuk maskahwin.
Syiling 1 Dinar PG Lebih Baik Dari Gold Bar PG
Jadi, saya syorkan sahabat-sahabat semua, jangan risau nak ‘melabur’ dalam emas walaupun modal kecik sebabnya orang yang beli 1 syiling Dinar Public Gold SAMA untungnya dengan orang beli gold bar 20 gram yang harganya jauh lebih tinggi. Kayu ukur sesuatu pelaburan ialah peratusan return on investmentnya (ROI), bukan nilai ringgitnya.
Wallahu a’lam.
Zulkifli.COM
i series Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?
Barang Kemas i-Series
p.s. bagi sahabat yang mungkin berhajat untuk pajak emas tu untuk buat pusing modal bisnes ataupun untuk manipulasi bila harga emas jatuh, saya syorkan beli Barang Kemas i-series 10 gram Public Gold (yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan) sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu cuma terima barang kemas jer. Emas bentuk gold bar ataupun syiling dah tak diterima untuk pajakan.
Kesimpulan:
  1. Emas bentuk 1 dinar adalah bentuk emas paling murah dan mampu milik. Harganya sekitar KURANG DARI RM800 pada OKTOBER 2011.
  2. Standard syiling emas 1 dinar ialah emas berketulenan 916 (91.6% emas), berat 4.25 gram. Gold bar ialah emas berketulenan 999.9 (99.99% emas), biasanya dijual dalam bentuk 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.
  3. Emas yang bentuknya lebih kecil akan lebih mudah dapat pembeli kalau nak jual kepada pembeli individu. Kalau nak jual balik pada pengeluar, mana-mana produk pun sama jer.
  4. Bagi pelabur yang berhajat nak gunakan teknik manipulasi pajak, produk terbaik ialah rantai tangan/ leher i-series 22k (10g, 20g, 50g, 100g) Public Gold yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.
INFO FROM WEB RAKANDEALER PG
KEUNTUNGAN SESUATU PELABURAN DIKIRA APABILA ANDA KELUAR BUKAN BILA ANDA MASUK.

Ini kerana jika anda mempunyai emas namun tidak tahu menggunakan teknik yang betul maka, saya rasa berkemungkinan besar keuntungan anda akan perolehi agak "lambat" dan tiada istilah "rugi".

contohnya : Jika anda membeli emas hari ini dan jika harga emas jatuh pada besok hari, kemudian anda berkata anda sudah rugi. Sebenarnya anda silap,kerana emas masih lagi ditangan anda dan pada hakikatnya anda masih lagi tidak rugi apa-apa sebab anda belum melepaskan emas fizikal anda.

Disebabkan itu Minda pelabur perlu ada pada anda sebelum memulakan pelaburan emas fizikal ini dan anda membuat untung dengan teknik pelaburan emas ini dan minda pelabur adalah seperti berikut.

1) Sifat harga emas adalah turun naik, namun dalam jangka masa yang panjang harganya akan bergerak naik. Disebabkan itu , emas sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.

2) Pelabur hendaklah mengetahui tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini dan megambil keuntungan apabila cukup tempoh masa. Kesabaran diperlukan kerana proses menunggu harga emas turun dan naik.

3) Pelaburan emas yang sebenarnya tidak melibatkan skim-skim pelaburan. jika skim amatlah berisiko tinggi, sudah banyak syarikat yang melibatkan skim emas dan menjanjikan keuntunga yang lumayan,janganlah anda terjebak. pilihlah pelaburan emas yang anda dapat pegang emas itu dan bukan bukti kertas semata-mata.

4) Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan, jadi bagaimana untuk menjana pendapatan setiap bulan ? tak lain dan tidak bukan ialah anda perlu membuat perniagaan emas. dengan Public Gold anda boleh buat 3 dalam 1.

a) Perniagaan emas fizikal (Membeli dan menjual emas + komisen)
b) Pelaburan emas fizikal (Membeli dan gunakan teknik manipulasi emas)
c) Menyimpan emas fizikal (membeli untuk tujuan penyimpanan).

***JIKA ANDA LAKUKAN KETIGA-TIGA INI SEKALIGUS, FINANCIAL FREEDOM BAKAL MENJADI MILIK ANDA.

5) tambahkan "investment" dalam ilmu pengetahuan anda terlebih dahulu. carilah rakan-rakan serta dealer-dealer yang dapat membimbing anda dan bukan mencari keuntungan sahaja.Rajin membaca dan bertanya. dan jika anda sebarang masalah boleh menghubungi saya.



"Tiada siapa yang dapat mengubah diri kita sendiri melainkan kita sendiri."

Setelah anda menyiapkan diri dengan kelima-lima minda pelabur ini barulah anda dapat memasuki dunia pelaburan emas dan mempelajari teknik-teknik menjana keuntungan max secara efisyen, low risk dan juga selamat bersama saya.

Rebut Peluang Skrg!!!!!!


Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”