Jenis-Jenis Emas

JENIS PELABURAN EMAS

Umum mengetahui kenaikan emas tempoh 10 tahun (2001-2011) adalah sebanyak 480%!


Namun sedarkah anda.. % keuntungan sebenar bergantung kepada kadar spread yang ditentukan oleh sesebuah syarikat @ kedai emas bila kita hendak menjualnya kembali..
Apa pula nilai SPREAD ni? Nilai spread adalah nilai perbezaan yang anda beli emas tersebut dengan harga jualannya. Sebagai contoh, katakan hari ini saya membeli EMAS pada harga RM1500 untuk 10gram pada Kedai A. Beberapa minit kemudian saya ingin menjual semula kepada Kedai A dan beliau membeli EMAS saya pada Harga RM1,000. Maka nilai SPREAD di sini adalah sebanyak RM500. Nilai Belian semula EMAS dari Kedai A adalah 33% lebih rendah berbanding harga jualannya..

Pelaburan EMAS yang sebenarnya adalah apabila anda membeli EMAS tersebut dalam bentuk yang paling tulen. Secara Am nya terdapat 2 jenis pelaburan EMAS di Malaysia iaitu ;

EMAS FIZIKAL
1. Kijang Emas


 








Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat
Spread (anggaran)
        1 Oz
3.13% – 3.2%
        ½ Oz
4.9% – 5.0%
        ¼ Oz
6.6% – 6.8%

ii. Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu di seluruh negara
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Harga harian boleh dipantau melalui website Maybank/BNM
vi. Kelemahan – hot produk, selalu sold out
vi. Untuk memaksimakan keuntungan, dapatkan berat 1 Oz

2. Syiling Emas UOB Bank


 





Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat
 Spread (anggaran)
        1 Oz
3.05%
        ½ Oz
5.17%
        ¼ Oz
6.82%

ii. Boleh dibeli di cawangan UOB
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Syiling emas yang dijual terkemuka dunia
    (Canadian Gold Maple, Australian Gold Nugget, Singapore Gold Lion)
vi. Harga boleh dipantau di website UOB Bank
vii. Kelemahan – hot produk, selalu sold out
viii. Untuk memaksimakan keuntungan, dapatkan berat 1 Oz

3. Public Gold (syiling emas dan jongkong emas)


 






Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

Berat
Spread (anggaran)
Kos tambahan
        20 gram
6%
  Delivery + RM10
        50 gram
5.5%
  Delivery + RM20
100 gram
5%
  Delivery + RM30

ii. Selain daripada Kijang Emas/UOB gold coin, Public Gold merupakan pilihan terbaik.
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Kualiti minting yang cantik
vi. Boleh beli menggunakan kad kredit (surcharge 3%)
vii. Harga semasa boleh dipantau di website Public Gold


4. Dinar Emas Kelantan


 











Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat
Spread
        1 Dinar
RM20
        ½ Dinar
RM10
        ¼ Dinar
RM5

ii. Kos seunit yang agak rendah
iii. Kualiti emas 22K (916)
iv. Boleh digadaikan
v. Kelemahan – tak banyak cawangan di seluruh negara
vi. Dapatkan saiz 1 Dinar untuk memaksimakan keuntungan

6.  PAMP Suisse - boleh diperolehi dari Habib Jewel/ Al Rajhi Bank














Ulasan:

i. Kelemahan - Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (11% ke 18%)
ii. Harga ikut harga semasa (rate Habib Jewel/Al-Rajhi)
iii. Boleh beli pakai kad kredit
iv. Emas berjenama (PAMP Suisse)

7. Poh Kong (Bunga Raya Gold Bar)


 













Ulasan:

i. Kelemahan - Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (14% ke 15%)
ii. Harga ikut harga semasa (rate Poh Kong)
iii. Boleh beli pakai kad kredit
iv. Kelemahan – Pembungkusan di dalam plastik yang sukar dibuka.
     Jadi akan ada masalah kalau nak pergi gadai.

EMAS BUKAN FIZIKAL

Public Bank Gold Investment account
    (kategori bukan fizikal)


 
















Ulasan:

i. Spread rendah (RM3 sahaja/gram)
ii. Urusniaga jual beli yang mudah
iii. Harga emas yang mudah dipantau
iv. Selamat dari segi penyimpanan
v. Berpotensi untuk membuat keuntungan jangka pendek
vi. Kelemahan- sekarang dah tak tawarkan pengeluaran emas fizikal
vii. Kelemahan- tidak boleh digadaikan



9. Maybank Gold Saving Passbook
    (kategori bukan fizikal)














Ulasan:

i. Kelemahan - Spread yang tinggi (RM7-RM8 /gram)
ii. Akaun yang mudah dibuka
iii. Urusniaga jual beli yang mudah
iv. Harga emas yang mudah dipantau
v. Selamat dari segi penyimpanan
vi. Menawarkan tawarkan pengeluaran emas fizikal
vii. Kelemahan- tak boleh digadaikan
 

 KESIMPULANNYA

Pada pandangan saya lebih baik melabur pada sesuatu yang kita pasti ada. Buat masa ini, atas kemudahan yang ditawarkan saya berpandangan EMAS yang dikeluarkan oleh Public Gold adalah pilihan saya. Ini kerana pihak Public Gold masih menerima EMAS yang calar, atau rosak asalkan beratnya tetap sama. Ianya juga mempunyai nilai SPREAD yang paling rendah buat masa ini.