Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri






Salam buat teman-teman,


Elakkan membaca banyak berita tentang kejatuhan emas, supaya kita tidak terjerat dengan harga yang tidak pasti akibat panik harga semakin menyusut.


Emas masih tetap menjadi medium simpanan pelaburan paling selamat dalam abad ini dan akan datang disebabkan:

1. Emas masih menjadi piilihan ramai dan pada bulan September 2011 terutama pembelian secara besar-besaran dalam kalangan penduduk India dalam bentuk barang kemas kerana bermulanya musim perkahwinan di sana (Austin Kiddle, Penganalisis Sharps Pixley di pasaran London Broker)

2. Emas melindung nilai dari bahang inflasi yang masih membahang sekarang. Ini disebabkan faktor iklim tidak menentu telah menyukarkan makanan utama di sesebuah negara dapat dikeluarkan seperti diharapkan. Ditambah dengan faktor bencana alam di sana sini dan peperangan saudara di Asia Barat yang masih belum selesai masih merumitkan perkembangan ekonomi global yang sihat.

3. Ramai penganalisis seluruh dunia yang terlibat dengan emas telah mengubah harga ramalan emas pada tahun ini, dari berakhir tahun 2011 emas diakhiri dengan USD1750/oz, meningkat kepada USD1900/oz dan terkini ada yang meramalkan harga emas dicapai sehingga USD2000 hingga USD3000/oz seperti yang pindaan harga ramalan emas oleh bank besar Citygroup dan UBS( Claudia Assis and Chris Oliver, MarketWatch)

4. Austin Kiddle, seorang penganalisis yang berpangkalan di London broker hari ini (Rabu) yang menjalankan perniagaan Sharps Pixley, mengatakan bahawa penurunan harga mendadak emas semasa adalah "lebih kepada pengambilan untung daripada mengambil langkah keluar dari wilayah yang selamat." Ini bermakna pelabur-pelabur mengeluarkan profit dan kembali semula bila ada isu-isu baru yang menyokong kenaikan harga emas.

Manakala Jon Nadler, Penganalisa Kitco Metals pada hari Selasa berhujah bahawa ramai spekulator mengalihkan pelaburan emas ke dalam pertaruhan berisiko, walaupun beberapa penganalisis meramalkan emas pada $ 2,000 ataupun $ 3,000/oz. (Myra Saefong)

Faktor-faktor memungkinkan kenaikan harga emas minggu depan ialah:

1. Faktor harga emas yang rendah mengembalikan kerancakan pasaran emas.
2. Pengumuman data US Jobles dan Persidangan Jackson Hole


Harga Emas Bersedia Menuju Ke Paras $2,000/oz!! |


Alhamdulillah, selepas harga Emas membuat Market Correction bermula pada hari isnin, selasa dan rabu pada minggu lalu, ketika ini ianya telah menunjukkan tanda2 Rebounce ketika ditutup di penghujung dagangan pada Jumaat yang lalu. Jangkaan destinasi terbaru bagi harga Emas dalam tempoh terdekat ini adalah pada paras $2,000/oz, iaitu pada garisan hijau melintang di dalam chart diatas.

Kepada yang telah mengambil peluang membeli ketika harga rendah sebagaimana dalam posting saya sebelum ini, kini sudah boleh tersenyum kerana belian tersebut dah untung walaupun mereka menjual semula kepada Public Gold dengan harga Buy!


Orang-orang kuat Exchange Traded Fund (ETF) memberi pose istimewa dalam gudang emas ETF
Masa depan emas Comex sedang mendaki dengan teguh selepas beberapa jam didagangkan pada petang Jumaat ini. Pencarian tawaran harga terbaik dan pembelian berkaitan teknikal turut di saksikan. Fakta harga emas dapat kembali mendaki dengan teguh dan ditutup teguh pada minggu ini memberi petunjuk harga emas akan kembali memecut bila dibuka semula Isnin nanti, InsyaAllah.


Graf di atas menunjukkan kenaikkan harga emas sebanyak 38% dikira bermula Ogos 2010 sehingga Ogos 2011. Bagi anda yang telah menyimpan emas, Tahniah di ucapkan. Kepada anda diluar sana yang ingin belajar selok-belok tentang pelaburan emas boleh menghubungi saya di talian 013-6233665


Thursday, August 18, 2011

Lupa Emas Seketika...Biarpun sekarang tgh melambung

KiaiEmas mengajak semua saudara & sahabat agar melupakan seketika kisah EMAS walaupun ketika artikel ini di'posting',pd 19/8/2011 jam 7.37am harga emas tgh mencanak mencecah USd1820/0z !!! dan terus mendaki.. Ada HABUAN lagi hebat yang ditawarkan oleh Allah swt untuk hamba-hambaNYA di bulan Ramadhan yang mulia terutama 10 malam terakhir iaitu MALAM LAILATULQADAR.. takde istilah 'lock' harga sekarang...biarlah emas dengan kisahnya...

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.

Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.

Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]

Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]

Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat goldbar @ rantai emas (PG ke GCPke), daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut malah mungkin terus 'lock harga' dr rumah..sebelum ke ke rumah Allah utk beribadat

Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:

  • Keikhlasan niat,
  • Memperkuat tekad,
  • Memperbaharui taubat,
  • Menghindari maksiat pada siang harinya,
  • Lupakan keseronokan duniawi..terutama hal emas
  • Segera tidur,
  • Melakukan tidur siang hari, dan
  • Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:

Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.

Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.

Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."

Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.

Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

"Sebaik-baik hamba adalah mereka yang memberi banyak manfaat kepada MAKHLUK Allah swt disekelilingnya"



Monday, August 15, 2011

Pakar ekonomi Minta Hati-Hati Simpan Emas??


Pakar ekonomi memberi amaran kepada pelabur agar tidak terlalu taksub ngan pelaburan @ simpanan emas.. Alasannya kejatuhan dollar us adalah sementera dan harga emas akan jatuh apabila dollar us kembali kukuh..

soalannya? Ada sesiapa boleh bagi jaminan dollar nilai akan kembali kukuh dalam jangka masa terdekat sebab melihat senario sekarang.. kedudukan hutang US amat tenat..

Soalan seterusnya? Ada sesiapa boleh bagi jaminan nilai emas boleh diturunkan sedangkan hakikatnya nilai emas tidak boleh dimusnahkan oleh sesiapa pun.. Ingat kenaikan emas bukan disebabkan oleh kejatuhan nilai dollar aje..Banyak lagi indicator yg mempengaruhi kenaikan harga emas... so..KiaiEmas beranggapan nasihat dari pakar ekonomi tersebut hanya sekadar omong-omong kosong.. Cuba baca artikel di bawah psl HUTANG AMERIKA:


Katakan seseorang bekerja untuk gaji RM10 sejam. Ini bermakna dengan bekerja selama 8 jam sehari, gaji kasar seharinya adalah RM80.

Kebanyakan daripada kita tahu berapakah nilai RM80 akan tetapi kebanyakan daripada kita tidak mengetahui atau kurang faham berapa banyak yang dimaksudkan dengan nilai RM1 Billion. Berikut adalah conversions atau pertukaran yang mungkin sedikit sebanyak membantu kita mendapat idea berapakah nilai angka Billion tersebut:

1 Billion saat = 31.7 tahun

1 Billion minit = 1,902.5 tahun

1 Billion Jam = 114,155 tahun

1 billion hari = 2,739,726 tahun

1 billion saat yang lepas adalah tahun 1979

1 billion minit yang lepas adalah tahun 108 AD

1 billion jam yang lepas adalah pada Zaman Batu

1 billion hari yang lepas – manusia mungkin belum wujud!

Persoalan seterusnya: Berapa banyakkah nilai Trillion?

1 trillion saat = 32,000 tahun

Nilai trillion adalah di luar kemampuan fikiran saya, mungkin bagi Adi Putra ia boleh di kira =p Cuma darabkan nombor untuk billion dengan 1,000 dan anda akan dapati nilai trillion diluar definisi nombor! Saya tidak dapat membayangkan 32,000 tahun atau 1 trillion saat!

FAQ

Bagaimanakah keadaan di masa hadapan?

Jawapan Ringkas:

Lebih banyak wang kertas akan dicetak

Huraian

Cuba anda lihat carta dibawah ini dan anda akan lihat berapa banyak wang kertas akan dicetak dalam sedikit masa lagi!

Sebanyak USD1.5 Trillion telah dicetak. Tahukah anda jika semua manusia di dunia bekerja 24 jam sehari dan tiada cuti untuk setahun pun tidak mampu membayar hutang ini!

Tahun 2010 – US Bajet Defisit: USD1.5 Trillion

Tahun 2011 – US Bajet Defisit: USD1.3 Trillion

FAQ

Apakah yang dimaksudkan dengan nombor ini?

Jawapan Ringkas:

Lebih banyak wang kertas akan dicetak!

FAQ

Jadi, apa kaitannya dengan saya dan anda semua?

Jawapan Ringkas:

Pembayaran Cukai Lebih Tinggi dan Kadar Inflasi Semakin Tinggi

FAQ

Adakah kemungkinan US Dollar akan musnah/hancur/collapse?

Jawapan Ringkas:

Ya! Kejatuhan nilai matawang telah terjadi btanyak kali di Amerika Syarikat. George Washington telah mengeluarkan Continental Currency, wang kertas yang pernah digunakan untuk membiayai Revolutionary War. Dolar Confederate telah dikeluarkan untuk membiayai Civil War. Ini adalah dua di antara banyak lagi matawang US Dolar yang telah musnah/hancur/jatuh/collapse!

Hari ini Amerika Syarikat telah mencetak BANYAK wang kertas untuk perang di Iraq dan Afghanistan, bayaran bil serta membeli produk daripada negara China.

Nilai matawang US yang telah jatuh satu ketika dulu!

Confederate Dollar telah dikeluarkan oleh Amerika di selatan dalam membiayai peperangan Civil War

FAQ

Jadi, apa yang perlu ANDA lakukan sekarang ni?

Jawapan Ringkas:

Di sini saya ada 2 jawapan:

  1. Jika anda sedar anda mempunyai pengetahuan kewangan yang limited atau kurang, daripada anda menyimpan wang kertas lebih baik anda simpan dalam bentuk emas dan perak fizikal. Saya lebih rela membeli emas yang sedikit (dinar adalah yang paling murah ketika ini) dan silver bar. Saya telah mula menyimpan emas dan perak sejak beberapa tahun lepas pada ketika emas di paras USD1,200 per ounce dan silver di paras USD24 per ounce. Saya cuma menyimpan wang kertas yang sedikit sebagai keperluan (bayar bil etc). Tetapi untuk simpanan jangka masa panjang telah saya tukarkan ke dalam bentuk emas dan perak fizikal.
  2. Jika anda adalah pakar kewangan, anda cipta syarikat percetakan dan cetak matawang ringgit anda sendiri!

Adakah anda sudah mula faham kesan kejatuhan Dollar USD berkait rapat dengan kejatuhan RM. Mungkin anda baru sedar mengapa RM10 pada 10 tahun lepas dapat membeli lebih banyak barang daripada hari ini.

Still menunggu masa untuk membeli emas? Nasihat ringkas saya.. Jangan tunggu lagi - Emas memang mahal dan akan menjadi semakin mahal! Wang kertas RM10,000 akan semakin susut nilanya dari masa ke semasa.











Sunday, August 14, 2011

Masih Berharap Harga Emas AkanTurun Lepas Nie?

14 Ogos 2011

Selamat Berpuasa....

Mungkin ramai yang masih menunggu ilham dan masa yang tepat untuk membeli emas. Jadi di sini saya kongsikan analisis pergerakan harga emas dan ramalan pergerakan harga emas. Mungkin ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti masa terbaik untuk membeli emas!

Saya membuat keputusan berdasarkan hujah & fakta yang kukuh! Anda membuat keputusan berdasarkan spekulasi.. bila lagi nak buat keputusan membeli emas even bukti sudah ditunjukkan?

  1. Untuk tujuan ini saya telah merujuk kepada artikel daripada laman web www.usagold.com . Pemilik laman web ini ialah Michael J. Kosares.
  2. Beliau merupakan penulis buku The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold“.
  3. Bagi beliau, masa terbaik untuk membeli emas ialah daripada bulan Jun dan Julai. Anda boleh baca artikel berkenaan di http://www.usagold.com/analysis/doldrums-2008.html

Namun bagi saya pula masa terbaik ialah pada awal bulan Ogos (iaitu sekarang). Saya ada buat analisis saya yang tersendiri.

Mari kita lihat sejarah harga emas daripada tahun 2000 sehingga 2010.

Garisan merah menegak mewakili bulan Ogos
Garisan merah mendatar menunjukkan pergerakan harga daripada Ogos sehingga Disember.

Graf di bawah: Carta harga emas dari tahun 2001 sehingga 2010

Kenaikan sebanyak 26% dari Ogos - Dec 2009

Kenaikan harga sebanyak 22% daripada Ogos - Dec 2010

Daripada graf harga emas sepanjang 10 tahun ini, boleh dikatakan harga akan mula naik dari Ogos sehingga hujung tahun.

Jadi sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas.

Semoga anda kini mendapat ilham..

jika masih compius boleh untung ker simpan emas..abaikan artikel nie..simpan ler duit kertas banyak-banyak..he..heee

Wednesday, August 10, 2011

Kahwin Punya Pasal..harga Emas dijangka terus meningkat

Berita Emas: Negara Pembeli Emas Tertinggi 2010 - 2011




emas pelaburan Berita Emas: Negara Pembeli Emas Tertinggi 2010




Statistik terbaru dari World Gold Council menunjukkan negara dari Asia dan Timur Tengah masih menguasaai pembelian emas seluruh dunia pada 2010. Ini adalah senarai negara-negara dengan permintaan emas terbesar dunia.
India
India mempunyai permintaan pelanggan tertinggi untuk emas pada tahun 2010. India membeli 963,1 tan daripada logam tersebut, bernilai $ 38.1bn (£ 23.4bn).
Faktor utama di sebalik permintaan India adalah perhiasan, dengan peningkatan 47% pada Q4 2010 berbanding Q4 2009. Hal ini didorong oleh perayaan Diwali (Majlis Perkahwinan), pengambilan emas terbesar di India dan dijangka meningkat 56% pada tahun 2011
China
China terletak di tempat kedua di dalam hal permintaan emas, meskipun bila digabungkan dengan permintaan dari Tanah Besar, dengan mudah duduk di posisi teratas.
Permintaan pelanggan adalah bernilai $ 24bn untuk tahun 2010, dengan permintaan di Tanah Besar (peringkat di tempat ketiga) bernilai $ 23bn tahun lalu..
Amerika Syarikat
Rantai emas kelihatan dijual di Daerah Diamond Manhattan di New York City. permintaan AS untuk perhiasan emas telah menurun selama 10 tahun terakhir, sementara permintaan emas untuk pelaburan telah meningkat. Permintaan terdiri dari233,3 tan pada tahun 2010, dengan nilai $ 9.4bn.
Negara-negara lain dalam senarai tersebut ialah German ($5.04bn), Turki ($4.5bn), Switzerland ($3,6bn), Arab Saudi ($3.4bn), Vietnam ($3.2bn) dan akhri sekali UAE dengan $2.8bn.

Bulan November pulak..musim haji..pemintaan emas pun meningkat juga sebab para jemaah nak berbelanja beri perhiasan kat sama

Bulan Disember pulak..pemintaan naik disebabkan Hari krismas, majlis perkahwinan kat byk negera asia dan byk company bg bonus jadi permintaan brg kemas meningkat...

*Nasihat KiaiEmasa kepada anda yg berhasrat nak kawin hujung tahun nie..harap dpt buat persiapan krn harga emas akan terus meningkat... order sekarang sebelum terlambat....

Tuesday, August 9, 2011

Terkini :Harga Saham 1 Dunia Jatuh Menyelanak, Harga Emas Naik Mencanak...

Terkini :Harga Saham 1 Dunia Jatuh Menyelanak, Harga Emas Naik Mencanak...

nampak tak?.dan para pembaca perasan tak…harga dikedai emas pun dah berubah….sebelum nie berapa?hehehe

cuba lihat pada harga emas 916…..pada 29 Jul 2010…harganya RM137/gram……pada 15 Jul 2011 harganya RM173/gram….kemudian pada 4 ogos 2011 harganya mencecah RM180/gram…dan sekarang..lihat gambar bawah

emas 916 berharga RM190/gram

kenapa saya ambil contoh emas 916….sebabnya emas 916 banyak digunakan untuk barang kemas..jadi kepada bakal pengantin hujung tahun nie…fikir-fikirlah….baik beli sekarang…takut-2 harga naik sampai RM400/gram !!

So..untuk rakan agen ASB, unit trust dan sekutu dgnnya... nasihat saya pelbagaikan fotfolio simpanan anda...jangan bergantung pada 1 tiang aje...buangkan ego anda... terima hakikat emas adalah sebaik-baik pelindung kekayaan anda....

KiaiEmas harap kita semua beroleh manfaat dunia dan akhirat

Monday, August 8, 2011

Hari nie Kita layan figure & graf ajer.. hati senang, puasa pun tenang

Tuesday , August 9, 2011


Waktu Sahur


Live 24 hours gold chart [Kitco Inc.]




Interactive Gold Chart
(Last updated 09/08/11 5:20 AM)

PG SellPG Buy
10 gram RM 1,837.00 RM 1,690.00
20 gram RM 3,641.00 RM 3,423.00
50 gram RM 9,059.00 RM 8,561.00
100 gram RM 18,034.00 RM 17,132.00
250 gram RM 44,873.00 RM 42,854.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Emas Kami Jual Kami Beli
Dinar 999.9 RM: 801/pc RM: 681/pc
Rantai Tangan(P) 10g RM: 191.96/g RM: 163.17/g
Rantai Tangan(P) 20g RM: 191.96/g RM: 163.17/g
Rantai Tangan(P) 30g RM: 191.96/g RM: 163.17/g
Rantai Tangan(P) 50g RM: 190.44/g RM: 161.87/g
Rantai Tangan(P) 100g RM: 190.44/g RM: 161.87/g
Rantai Tangan(G) 30g RM: 191.96/g RM: 163.17/g
Rantai Tangan(G) 50g RM: 190.44/g RM: 161.87/g
Rantai Tangan(G) 100g RM: 190.44/g RM: 161.87/g
Rantai Leher 30g RM: 191.96/g RM: 163.17/g
Rantai Leher 50g RM: 190.44/g RM: 161.87/g
Rantai Leher 100g RM: 190.44/g RM: 161.87/g




Waktu Tengahari:


Live 24 hours gold chart [Kitco Inc.]


(Last updated 09/08/11 1:30 PM)
PG SellPG Buy
10 gram RM 1,880.00 RM 1,730.00
20 gram RM 3,726.00 RM 3,502.00
50 gram RM 9,271.00 RM 8,761.00
100 gram RM 18,455.00 RM 17,532.00
250 gram RM 45,921.00 RM 43,855.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)


Emas Kami Jual Kami Beli
Dinar 999.9 RM: 818/pc RM: 695/pc
Rantai Tangan(P) 10g RM: 196.30/g RM: 166.85/g
Rantai Tangan(P) 20g RM: 196.30/g RM: 166.85/g
Rantai Tangan(P) 30g RM: 196.30/g RM: 166.85/g
Rantai Tangan(P) 50g RM: 194.78/g RM: 165.56/g
Rantai Tangan(P) 100g RM: 194.78/g RM: 165.56/g
Rantai Tangan(G) 30g RM: 196.30/g RM: 166.85/g
Rantai Tangan(G) 50g RM: 194.78/g RM: 165.56/g
Rantai Tangan(G) 100g RM: 194.78/g RM: 165.56/g
Rantai Leher 30g RM: 196.30/g RM: 166.85/g
Rantai Leher 50g RM: 194.78/g RM: 165.56/g
Rantai Leher 100g RM: 194.78/g RM: 165.56/g
Kemaskini pada : 09 Aug 2011 - 09:57:14

Kijang Emas Prices

Daily trading prices (in ringgit) of Malaysia's gold bullion coin, the Kijang Emas.
From To 1 Year Historical Chart

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/8/2011 5,070 4,872 2,583 2,436 1,315 1,218
2/8/2011 5,069 4,874 2,582 2,437 1,315 1,218
3/8/2011 5,228 5,023 2,663 2,511 1,356 1,256
4/8/2011 5,227 5,021 2,663 2,511 1,356 1,255
5/8/2011 5,264 5,057 2,682 2,528 1,366 1,264
8/8/2011 5,371 5,161 2,736 2,581 1,393 1,290
9/8/2011 5,571 5,352 2,838 2,676 1,445 1,338

Monday, August 8, 2011

gilo....naik mencanak... dah USD1,712/oz



Kijang Emas Prices

Daily trading prices (in ringgit) of Malaysia's gold bullion coin, the Kijang Emas.
From To 1 Year Historical Chart

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/8/2011 5,070 4,872 2,583 2,436 1,315 1,218
2/8/2011 5,069 4,874 2,582 2,437 1,315 1,218
3/8/2011 5,228 5,023 2,663 2,511 1,356 1,256
4/8/2011 5,227 5,021 2,663 2,511 1,356 1,255
5/8/2011 5,264 5,057 2,682 2,528 1,366 1,264
2011-08-08 5,371 5,161 2,736 2,581 1,393 1,290

*harga masa beli 1 oz kijang emas bln 8/2008..rm2440. aje..


(Last updated 08/08/11 4:05 PM)


PG SellPG Buy
10 gram RM 1,824.00 RM 1,678.00
20 gram RM 3,615.00 RM 3,398.00
50 gram RM 8,996.00 RM 8,501.00
100 gram RM 17,908.00 RM 17,013.00
250 gram RM 44,560.00 RM 42,555.00

Thursday, August 4, 2011

Harga emas 1 Malaysia Naik lagi...

Harga Jualan Di Kedai Emas Naik Lagi!!

Masyaallah,






Hari ini sekali lagi harga emas di pasaran tempatan (kedai emas) dinaikkan sekali lagi kepada RM190/gram untuk emas 999.9 selepas ianya dinaikkan kepada RM183/gram hanya pada beberapa minggu yan lalu. Ini menunjukkan bahawa kerancakan harga emas mendaki terlalu pantas dan ini bukannya masa untuk kita semua terus bersikap tunggu dan lihat menanti harga emas turun semula.


Wednesday, August 3, 2011

3 Emosi Pelabur Emas Minggu Nie ....

Tahu tak kenapa harga Emas Naik Minggu ini???

Tahu tak kenapa harga Emas Naik Minggu ini???

The Bank of Korea said Tuesday it bought 25 tons of gold in the June-July period ― its first purchase since the 1997-98 financial crisis.
The purchase touched off speculations about its motives at a time when gold prices are hitting record highs.


Ehmm tak hairan la HARGA EMAS naik ...nampaknya sudah ada kesedaran oleh kerajaan KOREA ke atas KOMODITI EMAS ini sehinggakan mereka sanggup melabur dan menyimpan EMAS berjumlah 25tan.. KENAPA 25 tan?? mesti ada sebabnyaa. Kerajaan 1 Malaysia bila lagi? Stok emas negara cuma 1.5% dr KDNK.. harap dpt tambah stok.. Ia membantu negara mengatasi krisis kewangan tahun 1998 dulu...

Harga emas akan naik kepada USD2100/oz....masih belum terlambat untuk kita sama-sama menambah stok pelaburan emas fizikal.

Akhbar utusan hari nie 4/8/2011 - krisis Ekonomi Amerika sgt serius akan beri kesan global dlm tempoh 3-6 bulan akan datang... Sediakan Payung Sebelum Ribut...

Order sekarang...sebelum terlambat..

Hari nie ada 3 Macam Emosi Tokey @ Pelabur Emas:

Seronoknyeeeee..sebab..tgk aje prestasi emas di bawah

ini harga emas setahun…kenaikkan 40%

ini pulak kenaikkan harga emas dalam 2 tahun….keuntungan 73%

dalam 5 tahun…keuntungan 157%

ok…ini yang jangka panjang punya graf….biasa ini yg digunakan sebab kita melabur untuk jangka panjang…apa kata kita lihat yg jangka pendek punya…

keuntungan dalam 6 bulan….23%

7% keuntungan dalam 60hari

sebulan nie….12%

ok dah cukup kot…hehehe banyakkan….betul ke?…kalau para pembaca tak percaya boleh tengk sendiri dalam website yang dilink kan nie.. http://www.goldprice.org/spot-gold.html explore le sendiri yek…

Sendiri pikiq yer...



Sakit jiwa adalah orang yg dah jual gold bar-2 mereka sebab dah hilang keyakinan pada pelaburan emas

Sakit hati pulak…dia rajin tengok harga emas…tapi tak beli-beli emas…sampoi sekarang…bila nak beli mula kata harga emas dah naik.emas dah mahal…hehehe

Minggu nie KiaiEmas amat seronok dpt berkongsi pengalaman ngan member yg dah berjaya dlm kerjaya masing-masing..ada yg jadi pengurus agensi, leader mlm dan ejen unit trust dll..so kesimpulannya kesedaran mereka utk melindungi kekayaan dengan menyimpan emas sudah mula bertambah ..

KiaEmas harap bukan keuntungan yg menjadi matlamat utama ..semoga kekayaan yg diperolehi dpt digunakan untuk membantu anak yatim & golongan fakir miskin di sekeliling kita terutama di bulan ramadhan yg mulia

Tuesday, August 2, 2011

Prestasi Emas Dijangka Melonjak 24%..!

Prestasi Harga Emas Diunjur Terus Melonjak ..


Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun

PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014.
Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Kami yakin dengan prestasi harga emas berikutan permintaannya dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam.

Brice berkata, pihaknya menjangkakan harga emas mampu mencecah paras AS$1,650 seauns menjelang akhir tahun ini.

Keadaan persekitaran kadar faedah benar yang negatif di AS juga mendorong kepada peningkatan permintaan emas kerana kebiasaannya ia sangat tinggi ketika kadar faedah benar adalah negatif, jelasnya.
“Dalam tempoh Disember 2007 hingga kini, emas mencatatkan pulangan terkumpul sebanyak 43 peratus,” katanya.

Harga emas terus didagangkan kukuh mencecah AS$1,632.30 seauns Jumaat lalu berikutan data ekonomi yang lemah di AS.

Bagaimanapun, harganya jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,615.19 pada sesi dagangan semalam berikutan persetujuan pemimpin kongres AS untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengelak potensi gagal membayar hutang.

Selain emas, Brice berkata, pelaburan pasaran ekuiti juga dijangka memberi pulangan baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Beliau berkata, di sebalik keadaan tidak menentu di pasaran dunia, pasaran ekuiti masih mencatatkan prestasi baik berbanding kelas aset lain.

“Pada separuh pertama tahun ini, pasaran ekuiti mampu mencatatkan aliran meningkat walaupun ada beberapa berita buruk di pasaran seperti krisis hutang di Eropah dan AS, gempa bumi di Jepun serta krisis politik di Asia Barat.

“Ini bermakna terdapat kecairan di dalam pasaran kewangan dunia ketika ini yang menggalakkan aktiviti pelaburan,” tambahnya.

Beliau berkata pasaran ekuiti di China, Korea, Taiwan dan Jepun dijangka menarik perhatian pelabur asing kerana harga sahamnya sangat murah serta menawarkan pulangan yang menarik jika dibandingkan dengan pasaran saham lain.- Berita Harian / Oleh Mahanum Abdul Aziz / mahanum@bharian.com.my 2011/08/02