Monday, August 15, 2011

Pakar ekonomi Minta Hati-Hati Simpan Emas??


Pakar ekonomi memberi amaran kepada pelabur agar tidak terlalu taksub ngan pelaburan @ simpanan emas.. Alasannya kejatuhan dollar us adalah sementera dan harga emas akan jatuh apabila dollar us kembali kukuh..

soalannya? Ada sesiapa boleh bagi jaminan dollar nilai akan kembali kukuh dalam jangka masa terdekat sebab melihat senario sekarang.. kedudukan hutang US amat tenat..

Soalan seterusnya? Ada sesiapa boleh bagi jaminan nilai emas boleh diturunkan sedangkan hakikatnya nilai emas tidak boleh dimusnahkan oleh sesiapa pun.. Ingat kenaikan emas bukan disebabkan oleh kejatuhan nilai dollar aje..Banyak lagi indicator yg mempengaruhi kenaikan harga emas... so..KiaiEmas beranggapan nasihat dari pakar ekonomi tersebut hanya sekadar omong-omong kosong.. Cuba baca artikel di bawah psl HUTANG AMERIKA:


Katakan seseorang bekerja untuk gaji RM10 sejam. Ini bermakna dengan bekerja selama 8 jam sehari, gaji kasar seharinya adalah RM80.

Kebanyakan daripada kita tahu berapakah nilai RM80 akan tetapi kebanyakan daripada kita tidak mengetahui atau kurang faham berapa banyak yang dimaksudkan dengan nilai RM1 Billion. Berikut adalah conversions atau pertukaran yang mungkin sedikit sebanyak membantu kita mendapat idea berapakah nilai angka Billion tersebut:

1 Billion saat = 31.7 tahun

1 Billion minit = 1,902.5 tahun

1 Billion Jam = 114,155 tahun

1 billion hari = 2,739,726 tahun

1 billion saat yang lepas adalah tahun 1979

1 billion minit yang lepas adalah tahun 108 AD

1 billion jam yang lepas adalah pada Zaman Batu

1 billion hari yang lepas – manusia mungkin belum wujud!

Persoalan seterusnya: Berapa banyakkah nilai Trillion?

1 trillion saat = 32,000 tahun

Nilai trillion adalah di luar kemampuan fikiran saya, mungkin bagi Adi Putra ia boleh di kira =p Cuma darabkan nombor untuk billion dengan 1,000 dan anda akan dapati nilai trillion diluar definisi nombor! Saya tidak dapat membayangkan 32,000 tahun atau 1 trillion saat!

FAQ

Bagaimanakah keadaan di masa hadapan?

Jawapan Ringkas:

Lebih banyak wang kertas akan dicetak

Huraian

Cuba anda lihat carta dibawah ini dan anda akan lihat berapa banyak wang kertas akan dicetak dalam sedikit masa lagi!

Sebanyak USD1.5 Trillion telah dicetak. Tahukah anda jika semua manusia di dunia bekerja 24 jam sehari dan tiada cuti untuk setahun pun tidak mampu membayar hutang ini!

Tahun 2010 – US Bajet Defisit: USD1.5 Trillion

Tahun 2011 – US Bajet Defisit: USD1.3 Trillion

FAQ

Apakah yang dimaksudkan dengan nombor ini?

Jawapan Ringkas:

Lebih banyak wang kertas akan dicetak!

FAQ

Jadi, apa kaitannya dengan saya dan anda semua?

Jawapan Ringkas:

Pembayaran Cukai Lebih Tinggi dan Kadar Inflasi Semakin Tinggi

FAQ

Adakah kemungkinan US Dollar akan musnah/hancur/collapse?

Jawapan Ringkas:

Ya! Kejatuhan nilai matawang telah terjadi btanyak kali di Amerika Syarikat. George Washington telah mengeluarkan Continental Currency, wang kertas yang pernah digunakan untuk membiayai Revolutionary War. Dolar Confederate telah dikeluarkan untuk membiayai Civil War. Ini adalah dua di antara banyak lagi matawang US Dolar yang telah musnah/hancur/jatuh/collapse!

Hari ini Amerika Syarikat telah mencetak BANYAK wang kertas untuk perang di Iraq dan Afghanistan, bayaran bil serta membeli produk daripada negara China.

Nilai matawang US yang telah jatuh satu ketika dulu!

Confederate Dollar telah dikeluarkan oleh Amerika di selatan dalam membiayai peperangan Civil War

FAQ

Jadi, apa yang perlu ANDA lakukan sekarang ni?

Jawapan Ringkas:

Di sini saya ada 2 jawapan:

  1. Jika anda sedar anda mempunyai pengetahuan kewangan yang limited atau kurang, daripada anda menyimpan wang kertas lebih baik anda simpan dalam bentuk emas dan perak fizikal. Saya lebih rela membeli emas yang sedikit (dinar adalah yang paling murah ketika ini) dan silver bar. Saya telah mula menyimpan emas dan perak sejak beberapa tahun lepas pada ketika emas di paras USD1,200 per ounce dan silver di paras USD24 per ounce. Saya cuma menyimpan wang kertas yang sedikit sebagai keperluan (bayar bil etc). Tetapi untuk simpanan jangka masa panjang telah saya tukarkan ke dalam bentuk emas dan perak fizikal.
  2. Jika anda adalah pakar kewangan, anda cipta syarikat percetakan dan cetak matawang ringgit anda sendiri!

Adakah anda sudah mula faham kesan kejatuhan Dollar USD berkait rapat dengan kejatuhan RM. Mungkin anda baru sedar mengapa RM10 pada 10 tahun lepas dapat membeli lebih banyak barang daripada hari ini.

Still menunggu masa untuk membeli emas? Nasihat ringkas saya.. Jangan tunggu lagi - Emas memang mahal dan akan menjadi semakin mahal! Wang kertas RM10,000 akan semakin susut nilanya dari masa ke semasa.











No comments:

Post a Comment