Friday, July 6, 2012

Emas: Aset 0% Risiko?



"18 Jun 2012, Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan ( Federal Deposit Insurance Corporation/FDIC) Amerika Syarikat, telah membuat cadangan bagi mengkategorikan emas sebagai aset yang tiada risiko, Aset Tahap 1."



Ini baru sekadar simpan emas. Ini pun sudah nampak keuntungannya dan faedahnya dari menyimpan duit kertas kan? Kita perlu faham yang menyimpan emas adalah untuk melindungi kekayaan kita dari ditelan inflasi. Bukan untuk menjadi lebih kaya.

:-c call me 019-9851974

Wednesday, January 18, 2012

Tahun 2020 Harga Emas dijangka RM503!



Anda bila lagi? Harga emas sekarang baru RM165/gm ....cukup-cukup MURAH..Saya segan nak crite panjang lebar pasal emas nie...cukuplah anda sendiri baca berita di atas...klau berminat cal KiaiEmas 019-9851974..


Friday, January 13, 2012

Aura Emas:Asal Warna Kuning Aje....






Harga emas sekarang pada paras USD1630-usd1650/0z dan mengikut ramalan pakar-pakar komoditi dan otai-otai emas di malaya ..harga emas tengah kumpul momentum untuk lonjakan MEGA seperti tahun 2008-2011... antara faktor-faktornya adalah:

1. Krisis Ekonomi Zon Euro & di USA
2. Kenaikan Harga Minyak dunia berikutan jangkaan sengketa US & Iran akan bertambah buruk
3. Pemintaan tinggi dari Bank-Bank Pusat Dunia dan Negara Pengguna spt China & India






4.Tekanan Inflasi
5.Kehilangan Kuasa Beli

Saya tak cadangkan anda jadi pakar analisa harga emas..cuma dengan menggunakan kuasa internet anda akan mendapat banyak info dari mereka yang pakar tentang pelaburan emas dan paling penting ilmu pengetahuan anda mengenai emas akan bertambah & ia amat berguna ketika anda hendak membuat keputusan BELI @ JUAL emas...
















Friday, December 23, 2011

Apa criter harga emas sekarang?

Ekonomi Eropah (EURO) dan US mungkin dalam keadaan genting sekarang, tetapi kami tidak pasti pula apa kesannya kepada Malaysia. Dalam Jobstreet hari ini, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti.
15 Disember 2011, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran eropah dan india. menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang, meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND….
Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu. -Sedikit berita positif untuk kami-
Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis.
Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama.
Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.
clearly whut? paling minimum harga emas untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, bagaimanapun harga emas tidak lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trending bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trending bermaksud dalam keadaan menurun)
Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.
See.. trend emas masih berada pada bullish trending, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.
Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal. So, jika ada nampak peluang di atas..apa lagi BORONGGG LER...(Bln November 2011 lepas, Bank Pusat Korea Selatan (Negara ke-4 kuasa ekonomi Asia) beli 15 TAN emas (terkumpul 55 TAN). Tujuannya hanya 1 iaitu untuk MELINDUNGI EKONOMI .. Jadi jangan risau jika anda berhajat nak simpan stok emas.

(Tima kasih hargaemas.com atas penjelasan di atas)

Friday, November 18, 2011

Promosi Terkini Public Gold: Gold bar x-change programme



Peluang terbaik untuk menukar gold bar yang anda miliki (apa jua jenis) dengan jongkong emas/silver keluaran Public Gold!~

Kelebihan:

  1. Public Gold membeli emas x-brand (jongkong @ barang kemas gred 999.9 (24 karat) pada harga PG BUY 10 gram.
  2. Public Gold membeli emas x-brand (jongkong @ barang kemas gred 916 (22 karat) pada harga PG BUY i-series 10 gram.
  3. Sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga yang diambil oleh kedai emas.
  4. Pemegang x-brand boleh menjadi authorized dealer Public Gold jika jumlah melebihi RM20,000
  5. Public Gold mempunyai spread terendah di Malaysia
  6. Guaranteed buy back!

Terms & Conditions
Hubungi saya segera di 013-6233665 jika ada sebarang pertanyaan

Saturday, November 5, 2011

G-20 Bersidang Lagi..Kita tunggu 7 Nov 2011

Situasi Harga Emas Sekarang.....tgk apa jadi harga emas bila market buka 7 Nov 2011
Sorotan Analisis Harga Emas Sept-Oct-Nov

Disebalik apa yang berlaku, persidangan negara-negara ekonomi besar G20 dilihat akan menjadi suatu titik yang sebenar yang dapat melonjakkan kembali pasaran komoditi emas dan perak sehingga akhir hujung tahun ini. Oleh itu, saya menjangkakan emas akan menutup pasaran tahun ini pada harga setidak-tidaknya $1803/ounce ataupun berpotensi mencecah setinggi $2000/ounce! Begitu juga dengan perak.

Untuk sesiapa yang ingin memulakan portfolio pelaburan dalam komoditi emas dan perak, saya mencadangkan bahawa saat dan ketika ini merupakan waktu yang sangat sesuai untuk anda bermula. Sentiasa peka dengan keadaan ekonomi dunia yang akan memberikan impak yang positif pada ekonomi global. Semestinya, setiap awal tahun pelabur-pelabur besar akan mula memasuki pasaran dan pada ketika itu harga emas akan meneruskan lagi pendakiannya untuk mencecah suatu tahap yang lebih tinggi.

Usah tunggu dan terus menunggu, miliki aset pelaburan emas dan perak anda disini sekarang!

Tuesday, October 25, 2011

Tambah Ilmu Emas..tido boleh lena

Alhamdulillah, semakin ramai orang yang ingin berjaya didalam pelaburan emas
ini bersama saya.


Anda bila lagi? saya pasti setelah anda mengetahui teknik pelaburan emas ini,pasti tidur anda tidak lagi lena selepas itu. sebab saya pun begitu dahulu.
lakukan sendiri dan buktikan kepada saya betul atau tidak. Yang best nye. Saya ajar ini secara PERCUMA sahaja kerana saya dapat ilmu ini untuk disebarkan. Namun sebelum anda memulakan pelaburan emas ini, silalah mencari ilmu serba sedikit tentang emas.adakah betul dan atau salah apa yang katakan di blog ini.Dan timbang tara sama ada anda betul-betul ingin lakukan ataupun tidak.

Harga emas Public gold pada bulan Jan 2011

Setiap pelaburan akan ada untung dan rugi. tiada 1 pun pelaburandalam dunia ini menjanjikan keuntungan sahaja.Dan saya pun tidak kata pelaburan emas ini selalu untung sahaja, saya mengajar bagaimana kita dapatmengelakkan kerugian tadi dapat kita menjana keuntungan yang lebih lagi. ia dipanggil "Risk Management".

Seumpama kita bermain badminton. 1st kita menang, 2nd set kita kalah, dan 3rd set kita menang, secarakeseluruhan kita tetap pemenang, Begitu juga pelaburan emas, apabila RUGI tak bermakna kita kalah.Ini kerana kita rugi untuk mengambilkeuntungan yang berlipat kali ganda pada masa tertentu.

Harga emas Public Gold pada bulan Ogos 2011


Itulah yang saya akan ajar anda secara eksklusif jika anda berminat menyimpan emas. Mulakan dengan membeli emas dari saya sekarang. Saya akan berkongsi dengan anda ke arah kewangan yang lebih stabil. InsyaAllah..

"Orang berjaya akan mencari jalan, Orang gagal akan mencari alasan"

Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?

Produk Emas Public Gold Yang Mana Paling Untung?

Perbandingan+Spread+PG Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?

Untuk makluman anda, Emas Dinar Public Gold (PG) banyak kelebihan berbanding Gold Bar PG.
Mungkin saya boleh katakan syiling emas 1 Dinar PG (ketulenan 916, berat 4.25 gram) adalah produk terbaik untuk pelaburan berbanding produk Public Gold yang lain.
Cuba sahabat-sahabat bandingkan tiga (3) faktor di bawah:
Faktor #1: Kecairan Tinggi
Kecairannya lebih tinggi daripada gold bar (jongkong emas) disebabkan harganya murah. Kalau nak jual, kita lebih mudah dapat pembeli (individu) syiling 1 Dinar berbanding gold bar. Syiling dinar lebih murah berbanding gold bar disebabkan:
(1) Ketulenan lebih rendahi.e. emas 916 berbanding gold bar i.e. emas 999.9. sedangkan kedua-dua jenis emas ni memang bernilai tinggi untuk jangka panjang.
(2) Beratnya kurang berbanding gold bar. Standard berat 1 Dinar ialah 4.25gram.
Kalau nak pakai duit nanti, boleh jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit. Tapi kalau gold bar 20 gram contohnya, memang kena jual seketul 20 gram. Tak boleh jual sikit macam syiling 1 dinar.
Faktor #2: Spreadnya Rendah, Harganya Murah
Spreadnya rendah iaitu cuma 6% – sila rujuk carta perbandingan spread emas Public Gold yang saya sediakan tu. Spreadnya sama dengan spread gold bar 20 gram yang harganya 5 kali ganda lebih tinggi, bahkan spread syiling 1 Dinar (6%) lebih rendah berbanding spread gold bar 10 gram (8%).
Spread rendah maksudnya kita akan dapat lebih CEPAT untung berbanding emas yang spreadnya tinggi. Katakanlah harga emas naik 10%, pembeli syiling 1 Dinar dah dapat untung 4% (10% – 6% spread) berbanding pembeli gold bar 10 gram yang cuma untung 2% (10% – 8% spread) jer.
Jika Barangan Public Jewellery spread lagi besar.. tetapi design dan harga yang cantik tetap membuatkan membeli Public Jewellery lebih berbaloi-baloi dari membeli di kedai emas biasa.
jewellery Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?
Spread 18-20%
Setakat yang saya perhati, bentuk syiling dinar paling banyak permintaan ialah syiling 1 dinar berbanding syiling 5 dinar dan 10 dinar, dan gold bar paling tinggi permintaan ialah gold bar 20 gram berbanding 10 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Gold bar 10 gram agak kurang permintaan, mungkin sebab spreadnya paling tinggi. Saya nasihatkan, daripada beli gold bar 10 gram, lebih baik beli syiling 1 dinar.
[Nota: Pengiraan spread ialah (Harga Jualan – Harga Belian) bahagi dengan Harga Jualan. Kemudian, darab dengan 100]
Faktor #3: Permintaan Lebih Tinggi
saiz+gold+bar+%2526+dinar Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?
Goldbar 20 gram & 1 Dinar.
Permintaan syiling 1 Dinar lebih tinggi daripada gold bar terutamanya masa harga emas mencanak naik. Orang yang modal kecik macam student pun mampu beli syiling 1 Dinar. Emas bentuk dinar ialah antara emas pelaburan paling murah bagi sesiapa nak baru nak bermula.
Lagi satu, orang suka beli syiling 1 dinar untuk buat maskahwin ataupun hantaran. Emas dinar memang sesuai sangat untuk perkahwinan, tapi saya tak pernah dengar orang guna gold bar untuk maskahwin.
Syiling 1 Dinar PG Lebih Baik Dari Gold Bar PG
Jadi, saya syorkan sahabat-sahabat semua, jangan risau nak ‘melabur’ dalam emas walaupun modal kecik sebabnya orang yang beli 1 syiling Dinar Public Gold SAMA untungnya dengan orang beli gold bar 20 gram yang harganya jauh lebih tinggi. Kayu ukur sesuatu pelaburan ialah peratusan return on investmentnya (ROI), bukan nilai ringgitnya.
Wallahu a’lam.
Zulkifli.COM
i series Spread Nilai ( susut nilai ) Public Gold berbeza ? so nak beli yang mana ?
Barang Kemas i-Series
p.s. bagi sahabat yang mungkin berhajat untuk pajak emas tu untuk buat pusing modal bisnes ataupun untuk manipulasi bila harga emas jatuh, saya syorkan beli Barang Kemas i-series 10 gram Public Gold (yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan) sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu cuma terima barang kemas jer. Emas bentuk gold bar ataupun syiling dah tak diterima untuk pajakan.
Kesimpulan:
  1. Emas bentuk 1 dinar adalah bentuk emas paling murah dan mampu milik. Harganya sekitar KURANG DARI RM800 pada OKTOBER 2011.
  2. Standard syiling emas 1 dinar ialah emas berketulenan 916 (91.6% emas), berat 4.25 gram. Gold bar ialah emas berketulenan 999.9 (99.99% emas), biasanya dijual dalam bentuk 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.
  3. Emas yang bentuknya lebih kecil akan lebih mudah dapat pembeli kalau nak jual kepada pembeli individu. Kalau nak jual balik pada pengeluar, mana-mana produk pun sama jer.
  4. Bagi pelabur yang berhajat nak gunakan teknik manipulasi pajak, produk terbaik ialah rantai tangan/ leher i-series 22k (10g, 20g, 50g, 100g) Public Gold yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.
INFO FROM WEB RAKANDEALER PG
KEUNTUNGAN SESUATU PELABURAN DIKIRA APABILA ANDA KELUAR BUKAN BILA ANDA MASUK.

Ini kerana jika anda mempunyai emas namun tidak tahu menggunakan teknik yang betul maka, saya rasa berkemungkinan besar keuntungan anda akan perolehi agak "lambat" dan tiada istilah "rugi".

contohnya : Jika anda membeli emas hari ini dan jika harga emas jatuh pada besok hari, kemudian anda berkata anda sudah rugi. Sebenarnya anda silap,kerana emas masih lagi ditangan anda dan pada hakikatnya anda masih lagi tidak rugi apa-apa sebab anda belum melepaskan emas fizikal anda.

Disebabkan itu Minda pelabur perlu ada pada anda sebelum memulakan pelaburan emas fizikal ini dan anda membuat untung dengan teknik pelaburan emas ini dan minda pelabur adalah seperti berikut.

1) Sifat harga emas adalah turun naik, namun dalam jangka masa yang panjang harganya akan bergerak naik. Disebabkan itu , emas sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.

2) Pelabur hendaklah mengetahui tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini dan megambil keuntungan apabila cukup tempoh masa. Kesabaran diperlukan kerana proses menunggu harga emas turun dan naik.

3) Pelaburan emas yang sebenarnya tidak melibatkan skim-skim pelaburan. jika skim amatlah berisiko tinggi, sudah banyak syarikat yang melibatkan skim emas dan menjanjikan keuntunga yang lumayan,janganlah anda terjebak. pilihlah pelaburan emas yang anda dapat pegang emas itu dan bukan bukti kertas semata-mata.

4) Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan, jadi bagaimana untuk menjana pendapatan setiap bulan ? tak lain dan tidak bukan ialah anda perlu membuat perniagaan emas. dengan Public Gold anda boleh buat 3 dalam 1.

a) Perniagaan emas fizikal (Membeli dan menjual emas + komisen)
b) Pelaburan emas fizikal (Membeli dan gunakan teknik manipulasi emas)
c) Menyimpan emas fizikal (membeli untuk tujuan penyimpanan).

***JIKA ANDA LAKUKAN KETIGA-TIGA INI SEKALIGUS, FINANCIAL FREEDOM BAKAL MENJADI MILIK ANDA.

5) tambahkan "investment" dalam ilmu pengetahuan anda terlebih dahulu. carilah rakan-rakan serta dealer-dealer yang dapat membimbing anda dan bukan mencari keuntungan sahaja.Rajin membaca dan bertanya. dan jika anda sebarang masalah boleh menghubungi saya.



"Tiada siapa yang dapat mengubah diri kita sendiri melainkan kita sendiri."

Setelah anda menyiapkan diri dengan kelima-lima minda pelabur ini barulah anda dapat memasuki dunia pelaburan emas dan mempelajari teknik-teknik menjana keuntungan max secara efisyen, low risk dan juga selamat bersama saya.

Rebut Peluang Skrg!!!!!!


Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”