Friday, December 23, 2011

Apa criter harga emas sekarang?

Ekonomi Eropah (EURO) dan US mungkin dalam keadaan genting sekarang, tetapi kami tidak pasti pula apa kesannya kepada Malaysia. Dalam Jobstreet hari ini, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti.
15 Disember 2011, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran eropah dan india. menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang, meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND….
Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu. -Sedikit berita positif untuk kami-
Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis.
Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama.
Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.
clearly whut? paling minimum harga emas untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, bagaimanapun harga emas tidak lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trending bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trending bermaksud dalam keadaan menurun)
Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.
See.. trend emas masih berada pada bullish trending, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.
Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal. So, jika ada nampak peluang di atas..apa lagi BORONGGG LER...(Bln November 2011 lepas, Bank Pusat Korea Selatan (Negara ke-4 kuasa ekonomi Asia) beli 15 TAN emas (terkumpul 55 TAN). Tujuannya hanya 1 iaitu untuk MELINDUNGI EKONOMI .. Jadi jangan risau jika anda berhajat nak simpan stok emas.

(Tima kasih hargaemas.com atas penjelasan di atas)