Kenapa Perlu Simpan Emas??

Empat Kategori Utama Pembeli Emas
  1. Untuk tujuan Simpanan
  2. Untuk tujuan ‘Wealth Protection’
  3. Untuk tujuan Pelaburan
  4. Untuk memaksimakan aset
Huraian bagi tujuan simpanan
  • Contoh terbaik untuk membantu anda tentang kepentingan emas adalah memberi perbandingan antara ASB & Tabung Haji dengan simpanan emas fizikal.
  • Kenapa nak simpan dalam ASB? Sebab nak dapat memaksimakan simpanan wang kita. Kenapa nak simpan dalam tabung haji? Sebab nak buat simpanan untuk pergi menunaikan fardhu haji.
  • Tahukah anda dengan menukarkan wang kertas anda ke dalam bentuk emas ada dua senario akan terjadi:
  1. Simpanan dalam bentuk emas fizikal lebih menguntungkan. Mengikut perkiraan sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih menguntungkan dari ASB. Tak percaya? Klik artikel ini ~> Emas Fizikal vs Simpanan ASB
  2. Simpanan untuk menunaikan fardhu haji akan mencukupi dengan lebih cepat..  Mengikut perhitungan saya kalau anda simpan 80 gram emas sekarang, insya allah anda akan dapat pergi menunaikan haji dalam tempoh 3 tahun lagi. ~> Emas Fizikal vs Simpanan Wang Kertas
  • Katakan anda ada anak berusia 1 tahun dan nak buat tabungan menggunakan cash RM3,500 bagi tujuan pelajarannya untuk masuk ke universiti 17 tahun kemudian. Rasa-rasanya cukup ke tak cash RM3,500 + (dividen selepas 17 tahun) bagi tujuan tersebut.
  • bagaimana pula jika anda menukarkan RM3,500  itu ke dalam bentuk emas (sekarang dapat la lepas emas 20 gram), rasa-rasanya dalam tempoh 17 tahun akan datang berapa nilai emas tersebut? Cukup ke tak? Tepuk dada tanya selera..

Kategori: Orang nak pergi haji, Ibubapa yang menyimpan untuk perbelanjaan anak di universiti kelak, orang yang plan nak kahwin di masa hadapan..
Huraian Wealth Protection
  • Tuan-tuan dan Puan-puan, jangan anda tersilap fikir dengan menyimpan wang anda dalam simpanan bank, wang anda akan selamat. Walaupun anda menyimpan wang anda menggunakan 20 lapis peti besi pun wang anda still dapat di curi. Nama pencuri ini adalah INFLASI!

Peti besi begini sesuai untuk simpan emas bukannya wang kertas
  • Untuk pembeli emas kategori ini, mereka tidak peduli tentang berapa percent/peratus kenaikan harga emas setiap tahun. Yang paling penting bagi mereka adalah kekayan mereka tidak susut atau berkurangan disebabkan oleh kenaikan INFLASI.
  • Kenapa pengetahuan INFLASI ni penting? Ok saya beri contoh terbaikkkkk.. Harga minyak! Harga gula! Tarif Elektrik! Semua harga barangan semakin naik mengakibatkan kuasa beli kita semakin susut. 40 tahun yang lepas harga nasi lemak RM0.05 sen sekarang RM2.00. Adakah saiz telur, kuantiti nasi lemak dan sambal semakin banyak? Rasanya tidak... Read this ~> Gold: A pricier piece tomorrow!
Kategori: Big Company, Millionaire, Orang-orang kaya
Huraian Bagi Tujuan Pelaburan:
  • Di Malaysia, apakah pelaburan yang guaranteed @ memberi jaminan keuntungan lebih daripada 15% setiap tahun? Jawapannya TIADA. Kalau ada pun dah berapa puluh tahun ia beroperasi? Starting je gempak, after few years performance biasa-biasa aja because its still in form of paper money right?
  • Saya nak nak jadi Fund Manager dalam pelaburan yang saya sendiri lakukan!. Maksud saya di sini adalah segala keuntungan, bila nak withdraw untuk dapat keuntungan dan semuanya anda sendiri yang control ditentukan oleh anda sendiri dan bukannya 'Fund Manager'.
  • Bagi saya sendiri saya ingin pelaburan yang saya buat adalah dalam pengetahuan saya (turun naik harga emas), tempoh saya nak menyimpan ditentukan oleh saya sendiri, berapa percent (%) keuntungan saya sendiri yang decide dan umumkan. Bukannya mengharapkan orang lain yang pegang wang saya dan belum tentu lagi click nya membawa keuntungan. Kalau untung ok, kalau rugi? Sendiri berputih mata..
  • Contoh terbaik adalah kejadian tsunami di Jepun yang lepas. Ramai orang yang mempunyai saham mengalami kerugian teruk! Dalam kes saya, walaupun ekonomi merudum teruk emas fizikal selamat di bawah jagaan saya. Harga turun ka naik, berat emas saya tetap begitu tak terusik dan tak terjejas. Sekarang harga emas dah melonjak lebih tinggi. Bagaimana pula dengan pelaburan yang lain? Anda sendiri pergi siasat dan tanya.sebab saya dah jumpa ejen yg buat unit trust kat depan menarra kwsp kat mitc melaka..semua mengeluh nak dapat klien..sebab prestasi unit trusst agak menurun... .

Pernah dengan tauke emas bankrap? Tak pernah!!

Kategori: Investor yang play safe, minimum risk, profit besar..
Huraian Bagi Tujuan Memaksimakan Aset:
  • Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dicairkan ke dalam bentuk wang ringgit berbanding dengan aset lain seperti tanah, rumah, bon dan sebagainya.
  • Anda pergi agrobank bawa jongkong emas tak sampai 15 minit anda dapat menggunakan Ar-Rahnu untuk menukarkan emas tadi ke dalam bentuk wang ringgit. (Pajak Gadai)..
  • Kalau aset lain at least memakan masa berapa lama? Seminggu, 2-3 minggu??
  • Contoh terbaik adalah perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri.. Tak semua orang dapat bonus sempena perayaan ini kan? Ada yang terpaksa mengorek simpanan mereka untuk membeli keperluan Hari Raya ini malah ada yang sanggup berhutang. Tahukah anda jika ada emas di tangan, anda akan dapat solve problem ini!
  • Katakanlah anda memerlukan RM5,000 setiap tahun untuk tujuan sambutan perayaan (baju raya sefamili, kuih-muih, daging, ayam, satay, kek lapis sarawak, langsir bla bla)... tak habis list.. Masalah ini akan selesai kalau anda ada emas seberat 50 gram atau 20 gram (ikut kesesuaian bajet anda), pergi Agrobank dan buat pajakan maksima sebanyak 65%..
  • Settle perbelanjaan raya anda.. Emas 50 gram dalam pajakan tu nak settle mcm mana? Di sini anda ada masa selama 11 bulan untuk tebus balik emas tersebut (perlu dalam RM500 sebulan)..  Rugi ke tak? OO kak oi, mana ada rugi.. Dalam tempoh tersebut harga emas itu turut mengalami KENAIKAN & selepas tebus dapat lagi digunakan untuk perayaan tahun seterusnya dan seterusnya! =)
Rantai Tangan Pasir Padu (Depan) - Berat +-10g, 20g, 30g, 50g, 100g


Kategori:Doktor, Peniaga, Cameraman, Photographer, Siapa-siapa yang ada business
Best kan emas? So, anda di dalam kategori yang mana satu? Saya tak masuk lagi bab silver.. Lagi la anda tak boleh tidur malam =kah..kahh..kaahhhhh

Kesimpulannya:
Apa yang mahu saya kongsikan bersama ialah tentang pemahaman kita sendiri dalam konteks menjadi seorang Pelabur. Kebanyakkan daripada kita menganggap dengan meletakkan sejumlah modal kepada se suatu institusi dengan dijanjikan pulangan yang lumayan untuk jangka masa tertentu telah melayakkan kita untuk digelar seorang Pelabur.

Tetapi hakikatnya, anda tidak layak langsung untuk di gelar Pelabur. Dimana panggilan yang lebih sesuai untuk anda ialah "GAMBLER". Ini kerana, anda telah meletakkan nasib anda pada seseorang dan berharap tuah akan menyebelahi anda tanpa melibatkan sebarang usaha dari pihak anda.

Untuk melayakkan anda di gelar "Pelabur", pokok utamanya ialah Ilmu pelaburan dan pemahaman tentang pelaburan itu sendiri. Sebagai seorang pelabur, risiko menjadi suatu yang sudah sebati di dalam diri mereka. Ini kerana tiada pelaburan yang tidak disertakan dengan risiko. Kejayaan menjadi seorang pelabur ditentukan oleh bagaimana anda mengenalpasti risiko pelaburan anda, toleransi terhadap risiko dan juga bagaimana untuk meghadapi seterusnya meminimakan risiko yang wujud. Meletakkan sejumlah wang kepada individu/institusi untuk dilaburkan tanpa anda tahu apa yang dilakukan sebenarnya meletakkan anda pada risiko pelaburan yang paling tinggi. Jadi untuk meminimakan risiko, anda harus mempunyai Ilmu sebelum memulakan sebarang bentuk pelaburan. Dengan Ilmu pelaburan tersebut, ia membuatkan anda faham dan tahu apa yang sedang anda lakukan. bukan sekadar ikut-ikut sahaja. Dengan memahami apa yang anda lakukan, bermaksud anda sudah bersedia untuk berhadapan (mengambil tindakan bijak) dengan risiko-risiko pelaburan yang wujud. Pelabur yang bijak ialah pelabur yang menguruskan sendiri portfolio pelaburannya bukan mengupah individu yang tidak dikenali untuk menguruskan pelaburannya!

Tetapi kebanyakkan kita, ikut-ikut dan sifat mahu cepat kaya mendominasi fikiran sebelum melabur. Ini membuatkan setiap tindakan yang diambil secara tidak langsung menambahkan lagi risiko pelaburan mereka. Mereka tidak tahu dan tidak faham apa-apa dan dan dengan sikap beginilah kebanyakkan pelabur-pelabur mudah ditipu. Selain mudah ditipu, dengan ketiadaan Ilmu mereka juga tidak tahu bagaimana untuk menjana keuntungan dari pelaburan mereka. Apa yang mereka tahu ialah untung dari modal sahaja (capital gain).

Jadi sebelum memulakan pelaburan, tambahkan Ilmu pelaburan melalui kajian, pembacaan dan perkongsian terlebih dahulu. Selepas itu, kenal pasti objektif anda dan seterusnya ubah sikap buruk anda seperti tamak, dengki dan sebagainya. Ini kerana pelaburan memerlukan kepandaian dan kesabaran. Sikap mahu cepat kaya kelak memakan diri akhirnya.

“Risk comes from not knowing what you're doing.” - WARREN BUFFET