Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar



click to create your own



Sejarah Penubuhan:

Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar ditubuhkan  atas kesedaran sahabat kita
Ustaz Asri bin Hj Ramli (SMSM-Batch 87-89) untuk mengembangkan lagi 
aspek pembelajaran al Quran dan juga Tarbiah secara khusus kepada golongan
remaja Khususnya di Melaka. Idea ini tercetus rentetan daripada kurangnya 
Golongan Remaja islam yang mahir dalam Bidang Hafalan Al-Quran pada masa
itu.

Visi:
Melahirkan modal insan yang cemerlang berteraskan pegangan
Al-Quran dan Sunnah

Misi:
Melahirkan pelajar-pelajar yang beriman, bertanggungjawab dan bertakwa

Menjadi organisasi yang dapat membantu menyebarkan agama Islam
Berteraskan Al Quran dan Hadith

Melibatkan setiap pelajar di dalam aktiviti kemasyarakatan

Harapan:

Pada tanggal 10 Syawal 1430H, Kelas Pengajian Kitab telah pun bermula
di madrasah ini. Oleh kerana akan bertambahnya pelajar dan Kelas Pengajian
Kitab, maka Bangunan Madrasah yang sedia ada sekarang tidak mampu 
menampung pelajar dan aktiviti yang dirancang.
Justeru itu, Madrasah ini memerlukan Bantuan dan Sokongan masyarakat
terutama SAHABAT SMK(A) SULTAN MUHAMMAD utk mendapatkan
kos pembinaan berjumlah RM200,000.00
Sumbangan boleh disalurkan di dalam bentuk WANG RINGGIT, TENAGA
(jika mahir bertukang), BAHAN BINAAN, MASA dan lain-lain. 
Inilah PELABURAN kita sebagai BEKALAN di akhirat kelak (Duduk Diam-Diam Dapat Pahala)
. Mohon Ketua-ketua Alumni
galakkan ahli tuan-tuan buat sumbangan
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ust Asri bin Ramli -0196512334 
Ust Azizan MyStar - 0127796343 / Ust.Sapian (Bobo)-0166481495

Untuk tujuan Pembangunan Madrasah secara umum:
Sumbangan  boleh disalurkan terus kepada Akaun Bank Islam: 04033010019464 atas  nama MADRASAH BUSTANUL ULUM ABU BAKAR & sms info terus kpd Ust Asri

Untuk tujuan Khusus Anak-Anak Yatim:
Sumbangan  boleh disalurkan terus kepada Akaun Bank Islam: 04033020142012 & sms terus kpd Ust Asri dan nyatakan tujuan derma (Makan Minum @ Pakaian @Pendidikan dll)

* harap maaf - kualiti video kurang memuaskan,al maklum handphone murah aje.(buahcerry)


ReUnion SMSM 87/91 - Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar - 3 from betuk on Vimeo.


ReUnion SMSM 87/91 - Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar - 2 from betuk on Vimeo.


ReUnion SMSM 87/91 - Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar-1 from betuk on Vimeo.


ReUnion SMSM 87/91 - 12/6/2010 from betuk on Vimeo.