Wednesday, July 6, 2011

Buat Loan Untuk Beli Emas? Boleh Untung Ker


Apabila bercakap tentang emas ada di kalangan rakan-rakan yang berkata bahawa mereka amat berminat untuk membeli emas tetapi disebabkan tidak mempunyai modal pada ketika ini, mereka ingin mengetahui sekiranya mereka membuat pinjaman peribadi di bank, adakah ianya berbaloi?

Jawapan saya: SUDAH TENTU BERBALOI-BALOI!

Sebab: Emas hari ni lebih murah dari tahun depan tapi Lebih mahal dari tahun lepas

Untuk mereka yang nak membuat pinjaman bank, ini saja petuanya…

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya

Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sikit dan tanya diri sendiri.

“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis yang saya ambil dari petikan yang ditulis oleh mentor saya iaitu En. Syukor Hashim, mudah-mudahan dapat dikongsikan bersama. Analisis beliau adalah berdasarkan data yang sebenar dan emas yang digunakan ialah Kijang Emas (sebab pada 9 tahun dahulu mana ada Public Gold & GCP lagi betul tak?).
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1,244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz :)



Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!


Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5,188.00!

Anda untung 51.88% :)

Katakan anda tak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (16/6/2011).
Berapa untungnyer? Jom kira…

Harga Kijang Emas pada 16/6/2011 ialah RM4,932.00 seunit
Jadi RM4,932 x 8 keping = RM39,456.00!!
.

Keuntungan bersih anda ialah RM25,836!!
dalam masa 9 tahun (bersamaan 289%)


Kesimpulannya…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas :)

Beli emas anda untung,
Jual emas anda untung,
Simpan saja emas pun anda untung
Ferdaus (please click)

No comments:

Post a Comment