Harga Emas Bersedia Menuju Ke Paras $2,000/oz!! |

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.
Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.
Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.
Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]
Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]
Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat goldbar @ rantai emas (PG ke GCPke), daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut malah mungkin terus 'lock harga' dr rumah..sebelum ke ke rumah Allah utk beribadat
Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.
Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:
Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.
Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:
Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.
Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.
Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."
Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.
Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.
Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."
Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.
Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.
"Sebaik-baik hamba adalah mereka yang memberi banyak manfaat kepada MAKHLUK Allah swt disekelilingnya"
Katakan seseorang bekerja untuk gaji RM10 sejam. Ini bermakna dengan bekerja selama 8 jam sehari, gaji kasar seharinya adalah RM80.
Kebanyakan daripada kita tahu berapakah nilai RM80 akan tetapi kebanyakan daripada kita tidak mengetahui atau kurang faham berapa banyak yang dimaksudkan dengan nilai RM1 Billion. Berikut adalah conversions atau pertukaran yang mungkin sedikit sebanyak membantu kita mendapat idea berapakah nilai angka Billion tersebut:
1 Billion saat = 31.7 tahun
1 Billion minit = 1,902.5 tahun
1 Billion Jam = 114,155 tahun
1 billion hari = 2,739,726 tahun
1 billion saat yang lepas adalah tahun 1979
1 billion minit yang lepas adalah tahun 108 AD
1 billion jam yang lepas adalah pada Zaman Batu
1 billion hari yang lepas – manusia mungkin belum wujud!
Persoalan seterusnya: Berapa banyakkah nilai Trillion?
1 trillion saat = 32,000 tahun
Nilai trillion adalah di luar kemampuan fikiran saya, mungkin bagi Adi Putra ia boleh di kira =p Cuma darabkan nombor untuk billion dengan 1,000 dan anda akan dapati nilai trillion diluar definisi nombor! Saya tidak dapat membayangkan 32,000 tahun atau 1 trillion saat!
FAQ
Bagaimanakah keadaan di masa hadapan?
Jawapan Ringkas:
Lebih banyak wang kertas akan dicetak
Huraian
Cuba anda lihat carta dibawah ini dan anda akan lihat berapa banyak wang kertas akan dicetak dalam sedikit masa lagi!
Sebanyak USD1.5 Trillion telah dicetak. Tahukah anda jika semua manusia di dunia bekerja 24 jam sehari dan tiada cuti untuk setahun pun tidak mampu membayar hutang ini!
Tahun 2010 – US Bajet Defisit: USD1.5 Trillion
Tahun 2011 – US Bajet Defisit: USD1.3 Trillion
FAQ
Apakah yang dimaksudkan dengan nombor ini?
Jawapan Ringkas:
Lebih banyak wang kertas akan dicetak!
FAQ
Jadi, apa kaitannya dengan saya dan anda semua?
Jawapan Ringkas:
Pembayaran Cukai Lebih Tinggi dan Kadar Inflasi Semakin Tinggi
FAQ
Adakah kemungkinan US Dollar akan musnah/hancur/collapse?
Jawapan Ringkas:
Ya! Kejatuhan nilai matawang telah terjadi btanyak kali di Amerika Syarikat. George Washington telah mengeluarkan Continental Currency, wang kertas yang pernah digunakan untuk membiayai Revolutionary War. Dolar Confederate telah dikeluarkan untuk membiayai Civil War. Ini adalah dua di antara banyak lagi matawang US Dolar yang telah musnah/hancur/jatuh/collapse!
Hari ini Amerika Syarikat telah mencetak BANYAK wang kertas untuk perang di Iraq dan Afghanistan, bayaran bil serta membeli produk daripada negara China.
Nilai matawang US yang telah jatuh satu ketika dulu!
Confederate Dollar telah dikeluarkan oleh Amerika di selatan dalam membiayai peperangan Civil War
FAQ
Jadi, apa yang perlu ANDA lakukan sekarang ni?
Jawapan Ringkas:
Di sini saya ada 2 jawapan:
Adakah anda sudah mula faham kesan kejatuhan Dollar USD berkait rapat dengan kejatuhan RM. Mungkin anda baru sedar mengapa RM10 pada 10 tahun lepas dapat membeli lebih banyak barang daripada hari ini.
Still menunggu masa untuk membeli emas? Nasihat ringkas saya.. Jangan tunggu lagi - Emas memang mahal dan akan menjadi semakin mahal! Wang kertas RM10,000 akan semakin susut nilanya dari masa ke semasa.
Selamat Berpuasa....
Mungkin ramai yang masih menunggu ilham dan masa yang tepat untuk membeli emas. Jadi di sini saya kongsikan analisis pergerakan harga emas dan ramalan pergerakan harga emas. Mungkin ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti masa terbaik untuk membeli emas!
Saya membuat keputusan berdasarkan hujah & fakta yang kukuh! Anda membuat keputusan berdasarkan spekulasi.. bila lagi nak buat keputusan membeli emas even bukti sudah ditunjukkan?
Namun bagi saya pula masa terbaik ialah pada awal bulan Ogos (iaitu sekarang). Saya ada buat analisis saya yang tersendiri.
Mari kita lihat sejarah harga emas daripada tahun 2000 sehingga 2010.
Garisan merah menegak mewakili bulan Ogos
Garisan merah mendatar menunjukkan pergerakan harga daripada Ogos sehingga Disember.
Graf di bawah: Carta harga emas dari tahun 2001 sehingga 2010
Daripada graf harga emas sepanjang 10 tahun ini, boleh dikatakan harga akan mula naik dari Ogos sehingga hujung tahun.
Jadi sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas.
Semoga anda kini mendapat ilham..
jika masih compius boleh untung ker simpan emas..abaikan artikel nie..simpan ler duit kertas banyak-banyak..he..heee
Terkini :Harga Saham 1 Dunia Jatuh Menyelanak, Harga Emas Naik Mencanak...
nampak tak?.dan para pembaca perasan tak…harga dikedai emas pun dah berubah….sebelum nie berapa?hehehe
cuba lihat pada harga emas 916…..pada 29 Jul 2010…harganya RM137/gram……pada 15 Jul 2011 harganya RM173/gram….kemudian pada 4 ogos 2011 harganya mencecah RM180/gram…dan sekarang..lihat gambar bawah
emas 916 berharga RM190/gram
kenapa saya ambil contoh emas 916….sebabnya emas 916 banyak digunakan untuk barang kemas..jadi kepada bakal pengantin hujung tahun nie…fikir-fikirlah….baik beli sekarang…takut-2 harga naik sampai RM400/gram !!
So..untuk rakan agen ASB, unit trust dan sekutu dgnnya... nasihat saya pelbagaikan fotfolio simpanan anda...jangan bergantung pada 1 tiang aje...buangkan ego anda... terima hakikat emas adalah sebaik-baik pelindung kekayaan anda....
KiaiEmas harap kita semua beroleh manfaat dunia dan akhirat
![]() |
| PG Sell | PG Buy |
10 gram | RM 1,837.00 | RM 1,690.00 |
20 gram | RM 3,641.00 | RM 3,423.00 |
50 gram | RM 9,059.00 | RM 8,561.00 |
100 gram | RM 18,034.00 | RM 17,132.00 |
250 gram | RM 44,873.00 | RM 42,854.00 |
Emas | Kami Jual | Kami Beli |
Dinar 999.9 | RM: 801/pc | RM: 681/pc |
Rantai Tangan(P) 10g | RM: 191.96/g | RM: 163.17/g |
Rantai Tangan(P) 20g | RM: 191.96/g | RM: 163.17/g |
Rantai Tangan(P) 30g | RM: 191.96/g | RM: 163.17/g |
Rantai Tangan(P) 50g | RM: 190.44/g | RM: 161.87/g |
Rantai Tangan(P) 100g | RM: 190.44/g | RM: 161.87/g |
Rantai Tangan(G) 30g | RM: 191.96/g | RM: 163.17/g |
Rantai Tangan(G) 50g | RM: 190.44/g | RM: 161.87/g |
Rantai Tangan(G) 100g | RM: 190.44/g | RM: 161.87/g |
Rantai Leher 30g | RM: 191.96/g | RM: 163.17/g |
Rantai Leher 50g | RM: 190.44/g | RM: 161.87/g |
Rantai Leher 100g | RM: 190.44/g | RM: 161.87/g |
|
![]() |
PG Sell | PG Buy | |
10 gram | RM 1,880.00 | RM 1,730.00 |
20 gram | RM 3,726.00 | RM 3,502.00 |
50 gram | RM 9,271.00 | RM 8,761.00 |
100 gram | RM 18,455.00 | RM 17,532.00 |
250 gram | RM 45,921.00 | RM 43,855.00 |
Emas | Kami Jual | Kami Beli |
Dinar 999.9 | RM: 818/pc | RM: 695/pc |
Rantai Tangan(P) 10g | RM: 196.30/g | RM: 166.85/g |
Rantai Tangan(P) 20g | RM: 196.30/g | RM: 166.85/g |
Rantai Tangan(P) 30g | RM: 196.30/g | RM: 166.85/g |
Rantai Tangan(P) 50g | RM: 194.78/g | RM: 165.56/g |
Rantai Tangan(P) 100g | RM: 194.78/g | RM: 165.56/g |
Rantai Tangan(G) 30g | RM: 196.30/g | RM: 166.85/g |
Rantai Tangan(G) 50g | RM: 194.78/g | RM: 165.56/g |
Rantai Tangan(G) 100g | RM: 194.78/g | RM: 165.56/g |
Rantai Leher 30g | RM: 196.30/g | RM: 166.85/g |
Rantai Leher 50g | RM: 194.78/g | RM: 165.56/g |
Rantai Leher 100g | RM: 194.78/g | RM: 165.56/g |
From To | 1 Year Historical Chart |
Date | 1 oz | 1/2 oz | 1/4 oz | |||
Selling | Buying | Selling | Buying | Selling | Buying | |
1/8/2011 | 5,070 | 4,872 | 2,583 | 2,436 | 1,315 | 1,218 |
2/8/2011 | 5,069 | 4,874 | 2,582 | 2,437 | 1,315 | 1,218 |
3/8/2011 | 5,228 | 5,023 | 2,663 | 2,511 | 1,356 | 1,256 |
4/8/2011 | 5,227 | 5,021 | 2,663 | 2,511 | 1,356 | 1,255 |
5/8/2011 | 5,264 | 5,057 | 2,682 | 2,528 | 1,366 | 1,264 |
8/8/2011 | 5,371 | 5,161 | 2,736 | 2,581 | 1,393 | 1,290 |
9/8/2011 | 5,571 | 5,352 | 2,838 | 2,676 | 1,445 | 1,338 |
From To | 1 Year Historical Chart |
Date | 1 oz | 1/2 oz | 1/4 oz | |||
Selling | Buying | Selling | Buying | Selling | Buying | |
1/8/2011 | 5,070 | 4,872 | 2,583 | 2,436 | 1,315 | 1,218 |
2/8/2011 | 5,069 | 4,874 | 2,582 | 2,437 | 1,315 | 1,218 |
3/8/2011 | 5,228 | 5,023 | 2,663 | 2,511 | 1,356 | 1,256 |
4/8/2011 | 5,227 | 5,021 | 2,663 | 2,511 | 1,356 | 1,255 |
5/8/2011 | 5,264 | 5,057 | 2,682 | 2,528 | 1,366 | 1,264 |
2011-08-08 | 5,371 | 5,161 | 2,736 | 2,581 | 1,393 | 1,290 |
| PG Sell | PG Buy |
10 gram | RM 1,824.00 | RM 1,678.00 |
20 gram | RM 3,615.00 | RM 3,398.00 |
50 gram | RM 8,996.00 | RM 8,501.00 |
100 gram | RM 17,908.00 | RM 17,013.00 |
250 gram | RM 44,560.00 | RM 42,555.00
|
Tahu tak kenapa harga Emas Naik Minggu ini???
ini harga emas setahun…kenaikkan 40%
ini pulak kenaikkan harga emas dalam 2 tahun….keuntungan 73%
dalam 5 tahun…keuntungan 157%
ok…ini yang jangka panjang punya graf….biasa ini yg digunakan sebab kita melabur untuk jangka panjang…apa kata kita lihat yg jangka pendek punya…
keuntungan dalam 6 bulan….23%
7% keuntungan dalam 60hari
sebulan nie….12%
ok dah cukup kot…hehehe banyakkan….betul ke?…kalau para pembaca tak percaya boleh tengk sendiri dalam website yang dilink kan nie.. http://www.goldprice.org/spot-gold.html explore le sendiri yek…
Sendiri pikiq yer...
Sakit jiwa adalah orang yg dah jual gold bar-2 mereka sebab dah hilang keyakinan pada pelaburan emas
Sakit hati pulak…dia rajin tengok harga emas…tapi tak beli-beli emas…sampoi sekarang…bila nak beli mula kata harga emas dah naik.emas dah mahal…hehehe
Minggu nie KiaiEmas amat seronok dpt berkongsi pengalaman ngan member yg dah berjaya dlm kerjaya masing-masing..ada yg jadi pengurus agensi, leader mlm dan ejen unit trust dll..so kesimpulannya kesedaran mereka utk melindungi kekayaan dengan menyimpan emas sudah mula bertambah ..
KiaEmas harap bukan keuntungan yg menjadi matlamat utama ..semoga kekayaan yg diperolehi dpt digunakan untuk membantu anak yatim & golongan fakir miskin di sekeliling kita terutama di bulan ramadhan yg mulia
Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun
PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014.
Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.
“Kami yakin dengan prestasi harga emas berikutan permintaannya dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam.
Brice berkata, pihaknya menjangkakan harga emas mampu mencecah paras AS$1,650 seauns menjelang akhir tahun ini.
Keadaan persekitaran kadar faedah benar yang negatif di AS juga mendorong kepada peningkatan permintaan emas kerana kebiasaannya ia sangat tinggi ketika kadar faedah benar adalah negatif, jelasnya.
“Dalam tempoh Disember 2007 hingga kini, emas mencatatkan pulangan terkumpul sebanyak 43 peratus,” katanya.
Harga emas terus didagangkan kukuh mencecah AS$1,632.30 seauns Jumaat lalu berikutan data ekonomi yang lemah di AS.
Bagaimanapun, harganya jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,615.19 pada sesi dagangan semalam berikutan persetujuan pemimpin kongres AS untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengelak potensi gagal membayar hutang.
Selain emas, Brice berkata, pelaburan pasaran ekuiti juga dijangka memberi pulangan baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Beliau berkata, di sebalik keadaan tidak menentu di pasaran dunia, pasaran ekuiti masih mencatatkan prestasi baik berbanding kelas aset lain.
“Pada separuh pertama tahun ini, pasaran ekuiti mampu mencatatkan aliran meningkat walaupun ada beberapa berita buruk di pasaran seperti krisis hutang di Eropah dan AS, gempa bumi di Jepun serta krisis politik di Asia Barat.
“Ini bermakna terdapat kecairan di dalam pasaran kewangan dunia ketika ini yang menggalakkan aktiviti pelaburan,” tambahnya.
Beliau berkata pasaran ekuiti di China, Korea, Taiwan dan Jepun dijangka menarik perhatian pelabur asing kerana harga sahamnya sangat murah serta menawarkan pulangan yang menarik jika dibandingkan dengan pasaran saham lain.- Berita Harian / Oleh Mahanum Abdul Aziz / mahanum@bharian.com.my 2011/08/02