Wednesday, September 28, 2011

Trauma Kejatuahan Harga Emas?


Tahukah anda majoriti rakan @ keluarga yang saya temui bulan Ramadhan lepas bila diajak membeli emas..semua mengatakan harga emas tengah mahal ..dan nak tunggu harga murah.. nampaknya doa rakan-rakan @ saudara mara sekelian dah dimakbulkan..nak tunggu apa lagi ? Ker masih nak tunggu harga emas terus jatuh...?

Adakah anda merasakan harga emas jatuh? Memang sehingga minggu lepas harga emas jatuh hingga 11% dari awal Julai 2011. Tapi tahukah anda bahawa harga emas masih tinggi 14% dari awal tahun 2011. Ada dinar yang saya beli pada bulan Februari kalau tak silap saya pada harga RM613 untuk 1 dinar. Jadi walaupun harga emas sekarang jatuh hingga RM729 untuk 1 dinar, ia adalah lebih tinggi dari harga semasa saya beli dahulu. Jadi pada saya, emas masih penyimpan nilai yang baik dan saya tidak akan mengubah pandangan saya, InsyaAllah, hanya kerana penurunan harga yang agak banyak sekarang.



Jika anda melihat berita BBC pada 26 September 2011 yang lalu, ada satu temuramah secara langsung dimana seorang trader mengatakan yang Eurozone Market akan crash tanpa dapat diselamatkan lagi, Jika anda tidak berpeluang menyaksikannya, anda boleh klik di sini untuk melihat di Youtube http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lqN3amj6AcE

HARGA EMAS DAN PERAK JATUH ADALAH SATU ANUGERAH

Sehingga kini harga emas dan perak hari ini masih sideways dan kadang2 masih rendah. Harga emas dan perak ditentukan oleh permintaan dan penawaran. kalau dilihat dari situasi baru2 ini, tidak mungkin permintaan emas jatuh secara mendadak sebanyak 30%. Ia agak mustahil, tapi harga yang jatuh mendadak menunjukkan seolah2 permintaan utk emas dan perak jatuh mendadak. Jadi apa yang terjadi di sini masih menjadi tanda tanya. Walau apa pun sebabnya, kita dapat melihat kejatuhan harga emas dan perak sekarang adalah satu anugerah atau hadiah buat kita. Semasa harga rendah ini, berebut2 orang membeli sehingga website Public Gold jam. Bukan itu sahaja, termasuk juga beberapa website penjualan emas dan perak seluruh dunia mengalami nasib yg sama. Ini menunjukkan betapa keyakinan org ramai bahawa emas dan perak adalah komoditi yg terbaik patut dimiliki.




Saya melihat situasi sekarang ialah seperti belon yang berisi angin dan ditekan. Harga emas dan perak adalah sepatutnya tinggi skrg berdasarkan situasi ekonomi US dan Euro khususnya dan dunia amnya. Euro mempunyai lebih kurang 6 minggu lagi utk mencari jalan mengatasi debt crisisnya. Kenapa harga emas dan perak sekarang rendah? Itu persoalannya. Walau bagaimana ditekan sekalipun harga emas dan perak ini, tetapi lama kelamaan ia akan melonjak balik juga, seperti belon yg ditekan. Mungkin ia akan pecah dan masa itu kita akan melihat kenaikan harga emas dan perak secara mendadak pula. Itulah yg dibaca oleh pelabur2 emas dan perak dan sebab itulah mereka sibuk membeli skrg ini.

STOCK MARKET CRASH - JANGAN LEPASKAN EMAS DAN PERAK ANDA

Jika harga emas dan perak berterusan jatuh, nasihat saya jangan panik dan menjual kedua2 komoditi yang ada dengan anda. Ini adalah kerana harga komoditi ini, lambat laun akan naik jua, InsyaAllah. Correction harga ini mungkin berlaku selama beberapa minggu atau bulan, tetapi dalam jangkamasa panjang, harga emas dan perak akan menembusi harga tertinggi yang pernah mereka singgah, InsyaAllah.

Memandangkan krisis kewangan dunia yang tiada noktah penyelesaian pada saat ini, mungkin kita akan melihat correction kali ini tidak lama. Amat ironi jika kita membaca beberapa akhbar luar negara hari ini yang mana Obama mengeluarkan kenyataan, "debt crisis in Europe is scaring the world", padahal krisis hutang di US sendiri telah menyebabkan kewangan dunia berada dalam krisis yang tidak putus2. Kedua2 krisis hutang US dan Europe nampaknya makin membimbangkan. Bagi anda yang suka membeli saham, mungkin anda boleh berfikir dua kali samada hendak meneruskan investment anda dalam saham atau tidak. Semoga kita bersedia untuk menghadapi tahun 2012 yg akan datang. Dan saya masih seperti dahulu, masih percaya bahawa emas dan perak sebagai penyimpan nilai yang terbaik setakat ini, InsyaAllah.

Tapi..kalau masih ragu-ragu nak jual jugak emas..ha..ha saya sedia membelinya

Di bawah ini adalah senarai negara penyimpan emas terbesar dunia malahan Data dari IMF menunjukkan jumlah negara yang membeli emas semakin meningkat. Anda fikir nasihat dari pakar ekonomi kepada bank pusat negara tersebut agar membeli emas untuk hiasan ker? Kenapa negara Maju seperti US,China,Russia adalah merupakan penyimpan emas terbesar? Bagi saya negara-negara ini sedar hanya emas sahaja yang mampu melindungi ekonomi negera mereka..

NEGARA PENYIMPAN EMAS TERBESAR DI DUNIA 2011

Penyimpan

Bullion (Tonnes)

% of reserves

United States

8,133.5

74.6%

Germany

3,401.0

70.8%

Italy

2,451.8

69.2%

France

2,435.4

64.9%

China

1,054.1

1.6%

Switzerland

1,040.1

17.1%

Russia

811.1

7.5%

Japan

765.2

3.2%

Netherlands

612.5

57.9%

India

557.7

8.2%

Taiwan

423.6

4.7%

Philippines

153.7

10.9%

Singapore

127.4

2.4%

Thailand

108.9

2.8%

Indonesia

73.1

3.3%

Pakistan

64.4

15.2%

Malaysia

36.4

1.5%

Sumber: World Official Gold Holdings (International Financial Statistics, May 2011)

Data IMF Ogos 2011 negara-negara yang telah dan akan menambah stok emas Tahun 2011:

1. Mexico – 98 Tan 2. Russia – 48 Tan (tambah stok emas setiap bulan)

3. Korea Selatan – 25 Tan 4. Bank – Bank Pusat Thailand , Singapura, Ukraine, Kazhastan -180 Tan

5. China – merancang membeli USD1,000,000,000.000.00 stok emas @ 10,000 Tan (1/3 rezab tukaran wang asing)- sumber dari Bloomberg 29 April 2011.

6. Malaysia - tak perlu order emas sbb ada 'pasir emas', 'telok emas','warga emas' malah Bilionairenya tempah kapal dari emas tulen 100,000 kg

Kapal Mewah Robert Kuok Bersadur Emas [4 Gambar]

Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).


Sumber: http://selangor2u.com/blog/picture-wallpaper/kapal-mewah-robert-kuok-bersadur-emas4-gambar/#ixzz1ZFoaMq7R
www.s2u.my

* Nasihat saya kalau negara-negara tersebut berlumba-lumba menambah stok emas mereka dalam keadaan harga emas tidak menentu mengapa tidak anda? Jangan terpengaruh dengan nasihat dari mereka di luar yang kurang arif .. Lindungilah aset anda sebelum krisis ekonomi lebih buruk melanda..nak order emas call KiaiEmas 0136233665 @ nak jual emas anda pun boleh jugak...kecik tapak tangan nyiru saya tadahkan..harga ikut rate 'we buy'..he..he..hee

No comments:

Post a Comment