Wednesday, September 7, 2011

PENJUALAN EMAS BESAR-BESARAN DALAM SATU HARI



Penjualan besar-besaran emas telah dikesan dari Asia. Tetapi setakat ini, belum dapat dikenal pasti kerajaan negara mana yang berbuat demikian. Ia menyebabkan kejatuhan sedikit harga komoditi berharga ini.

Denis Gartman penulis dari Kitco berkata penjualan besar-besaran emas telah dikesan dari Asia kerana penjualan emas tersebut brlaku semasa pasaran Asia dibuka. Menurut beliau, hanya kerajaan sebuah negara mampu menjual emas sebanyak itu dan sekarang adalah terlalu awal uuntuk mengetahui negara manakah yang telah berbuat demikian.

Penurunan harga ini adalah bersifat sementara menurut pakar2 ekonomi. Harga emas dijangka menuju ke USD2000 /oz. Ini menyebabkan ramai pihak yg mengambil kesempatan untuk membeli harga komoditi berharga ini pada harga yang rendah. Harga emas dan perak bergerak turun naik dengan agak cepat mengikuti rentak aktiviti penjualan dan pembelian. Saya sendiri turut mengambil kesempatan untuk lock beberapa keping dinar.

Anda ? bagaimana...

No comments:

Post a Comment